Assalamualaikum..
Setiap tahun Program Istiqbal Ramadhan akan diadakan. Program ini sebagai langkah persediaan kita sebagai umat Islam yang bakal menyambut Ramadhan. Pada tahun ini, penyelaras program ini ialah Ustazah Siti Normidah dan Ustazah Azian. Syabas kerana program ini berjalan dengan baik dan seperti yang telah direncanakan. Untuk pengetahuan semua, apa yang uniknya tahun ini, satu gimik telah dijalankan. AJK Gimik yang dilantik khas menjalankan tanggungjawab dengan penuh berkesan dan boleh dikatakan sangat menjadi. Tahniah kepada team gimik atas lakonan yang diberikan. Gimik yang dirancang ini diketuai oleh Ustaz Basri. Ketika pelancaran Istiqbal dijalankan, satu paluan kompang bergema dengan penuh semangat. Pengacara meminta Guru Besar untuk menandatangan banting yang telah disediakan, namun tiada pen disediakan. Agak lama kami meminta pen namun tiada respon. Guru besar mula menunjukkan aksi muka yang tidak senang. Di sini bermula lah, sesi yang kononnya meminta bantuan dari pihak yang bertanggungjawab. Seseorang telah meminta bantuan lalu sebuah drone dengan lajunya terbang berlegar di ruang dewan menghantar pen tersebut. Semua murid dan guru yang berada di dewan terpegun. Itulah lah serba sedikit gambaran gimik yang dilakukan. Semoga tahun hadapan akan timbul lagi gimik-gimik yang membuat kami terus teruja. Wassalam...
1 Comment
jaymahali
22/6/2015 06:01:45 pm
wow tahniah
Reply
Leave a Reply. |
Buletin SKM
November 2016
Chatting Here |