Pada 24-26 April yang lepas, telah berlangsungnya satu lagi program untuk murid Tahun 6 iaitu Kids Camp. Program ini diadakan pada setiap tahun dan pada tahun ini sekali lagi dibertanggungjawabkan ke atas Encik Shahrul. Tahniah dan syabas atas segala usaha dan komitment yang telah diberikan kerana di bawah pimpinan beliau Kods Camp ini berjalan dengan jayanya.
Program ini diadakan di kawasan sekolah sahaja di mana semua murid berkampung di sekolah selama 3 hari 2 malam. Guru-guru yang bertugas menjalankan tugas masing-masing dengan penuh rasa tanggungjawab. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah LDK, ceramah motivasi, malam penghayatan, solat berjemaah, kembara serta acara kejutan. Semua acara ini dijalankan oleh semua guru yang terlibat. Akhir kalam, tahniah dan syabas kepada semua warga SKK SKM KK yang sama-sama memberikan komitment yang tidak terbelah bagi untuk menjayakan program besar ini. Sekian.
0 Comments
Leave a Reply. |
Buletin SKM
November 2016
Chatting Here |