Assalamualaikum...
Program Ihya' Ramadhan merupakan satu program taunan yang wajib dilakukan apabila tiba bulan Ramadhan. Porgram ini bertujuan untuk mengumpul semua murid Islam di surau ketika waktu rehat dan pada masa yang sama Tabung Ziarah Amal diedarkan. Pada tahun ini, program berjalan seperti tahun-tahun lepas. Jadual bertugas telah dikeluarkan oleh pihak penyelaras dan disokong oleh Guru Besar. Terdapat guru-guru lain yang turut bertugas membantu mengawal murid. Untuk pengetahuan semua, seperti tahun-tahun lepas, kerap kali berlaku kehilangan kasut. Oleh itu, tahun ini, pihak Panitia Pendidikan Islam megambil satu inisisatif menyediakan plastik untuk murid meletakkan kasut dan di bawa masuk ke dalam surau. Alhamdulillah, setakat ini tiada laporan kehilangan kasut. Program ini bermula sebaik sahaja bermula 1 Ramadhan sehingga minggu terakhir sebelum cuti sekolah.
0 Comments
Leave a Reply. |
Buletin SKM
November 2016
Chatting Here |