Assalamualaikum..
Salam sejahtera... Untuk pengetahuan semua, pada bulan Ramadhan yang lepas, Panitia Pendidikan Islam menjalan satu program yang dinamakan Program Ziarah Amal. Penyelaras progrm ini ialah Ustaz MH Basri bin Mat Piah. Program ini diadakan pada setiap tahun, namun apa yang berbeza sedikit pada tahun ini, diadakan dua fasa iaitu Fasa Pertama sasaran utama untuk murid miskin SKM dan Fasa Kedua sasaran kepada masyarakat luar iaitu di Kampung Bronoun Telipok. Program ini berjalan seperti yang dijalankan. Sepanjang bulan Ramadhan berjalan, kutipan derma diadakan serentak bersama program Ihya' Ramadhan. Hasil kutipan tersebut, pihak panitia Pendidikan Islam membeli keperluan harian untuk diagihkan kepada murid yang layak. Selain belian hasil kutipan derma, pihak panitia juga ada menerima sumbangan dari pihak luar dan tidak lupa yang membayar fidyah. Tahniah kepada penyelaras atas segala urusan dan program berjalan dengan baik sekali.
0 Comments
Leave a Reply. |
Buletin SKM
November 2016
Chatting Here |