Assalamualaikum. Perjumpan Khas telah selamat berlangsung seperti yang dirancang. Majlis bermula seawal jam 8 pagi iaitu Pendaftaran Murid bersama ibu bapa. Ketibaan VVIP pada jam 9 sekaligus majlis bermula dengan nyanyian tiga buah lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Mutiaraku. Seterusnya bacaan doa oleh adik Mohd Fadhil dari 6 Berlian. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Guru Besar SKM Datin Hajah Florence Faizah Kouju sebagai ucapan alu-aluan. Ucapan kedua pula oleh Puan Saridah Datuk Seri Panglima Hj Mohd Dun iaitu wakil PIBG SK Mutiara. Selesai ucapan tersebut, majlis diteruskan dengan bacaan ikrar 'Aku Janji' oleh semua murid Tahun 6 yang diketuai oleh adik Sharifah Sofia dari 6 Berlian. Bacaan ikrar ini disaksikan oleh semua warga SKM dan dihadapan ibu bapa masing-masing. Acara disambung lagi mengenai penerangan Takwim Program Gemilang 5A oleh Puan Hajjah Fatimah Hj Othman. Majlis berakhir pada jam 1010 pagi. Admin: Terima kasih di atas kehadiran semua guru-guru.
0 Comments
Assalamualaikum...
Sebagai tanda penghargaan, pihak kami merakamkan jutaan terima kasih kepada dua guru-guru yang berpindah iaitu Ustaz Ahmad, Ustaz Wan Abdullah dan Cikgu Noraini. Segala jasa yang telah kalian curahkan akan dikenang. Semoga kalian terus cemerlang di tempat baru. Kenang kami dalam doa kalian semua. Kami di SKM sentiasa merindui kehadiran kalian di sini. Sekian. Wassalam. Assalamualaikum w.b.t...
Salam sejahtera buat semua! Dikesempatan ini, kami dari pihak SK Mutiara ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua warga SKM. Semoga tahun ini menjadikan SKM lebih cemerlang dengan prestasi akademik yang semakin gemilang. Kami juga ingin mengucapkan selamat kembali ke sekolah terutama kepada semua murid Tahun 1. Selamat menempuh alam persekolahan. Sebelum berakhirnya coretan ringkas ini, sekalung TAHNIAH buat SKM di atas kejayaan mendapat ranking kedua di peringkat Kota Kinabalu dan rangking kelima di peringkat Sabah dengan pencapaian 5A 2013 yang lepas! Sekian. |
Buletin SKM
November 2016
Chatting Here |