Pada 24 Januari 2015 (Sabtu) yang lepas, satu program khas telah dilaksanakan dengan jayanya. Program ini merupakan program tahunan yang diadakan pada setiap tahun.
Perjumpaan ini telah diramikan oleh YDP PIBG Puan Saridah binti Datuk Seri Panglima Hj. Mohd Dun. Sambutan dari para ibubapa juga sangat menggalakkan. Intipati program ini adalah bertujuan untuk semua mrid Tahun 6 SKM berjanji dan berikrar untuk belajar bersungguh demi mencapai taget 5A dalam UPSR dihadapan semua guru dan ibuapa masing-masing.
0 Comments
Assalamualaikum... Semua telah sedia maklum bahawa pihak KPM telah membuat satu pengumuman bahawa sesi persekolahan ditangguh seminggu akibat banjir yang melanda di beberapa negeri. Bagi menghormati keadaan itu, satu kenyataan oleh pihak KPM telah dikeluarkan. Di sini saya sahre kenyataan yang di ambil di laman web KPM. KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir. Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin). Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira; a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka. Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna. Terima kasih. Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pendidikan 29 Disember 2014 Assalamualaikum....
Pada hari Rabu bersamaan 31 Dis 2014 yang lepas, pihak sekolah telah mengadakan sesi pendaftaran untuk semua murid baru dan lama. Segala pembayaran dan pendaftaran kelas dilakukan pada hari tersebut. Walaupun berlaku sedikit kekalutan dek kekurangan guru tapi tindakan pantas oleh guru-guru yang turun membantu sangat dihargai. Pada hari tersebut, murid membuat pendaftaran serta diberikan buku teks. Segala resit pembayaran dan pembelian turut diserahkan kepada penjaga masing-masing. Sesi pendaftaran bermula seawal 730 pagi dan berakhir pada jam 1 petang. |
Buletin SKM
November 2016
Chatting Here |