Selamat datang guru pelatih dari IPG Gaya. Mereka akan berada di SKM SKK lebih kurang 4bulan iaitu bermula 29 Jan sehingga 29 April 2016 Selamat bertugas dan selamat maju jaya!
0 Comments
Assalamualaikum... Salam sejahtera diucapkan kepada yang masih sudi membaca blog ini... Dikesempatan ini, saya sebagai penulis blog sekolah ingin mengucapkan Selamat Datang ke Keluarga Besar SKM kepada semua guru baru. Tahun ini, SKM menerima 6 orang guru baru dari berbagai opsyen. Jom kita tengok serba sedikit kenyataan mereka.
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Admin ada menerima gambar adik-adik dari Prasekolah SeriTiara melakukan aktiviti memberus gigi. Kelihatan masing-masing bersungguh-sungguh memberus gigi. Jadikan amalan harian ye adik-adik! Assalamualaikum...
Selamat sejahtera... Perjumpaan Kokum Kali Pertama pada tahun 2016 berjalan dengan lancar. Murid mula memakai pakaian persatuan masing-masing. Tidak lupa juga kepada guru-guru yang turut memakai pakaian mengikut persatuan yang dipegang. Tahniah diucapkan. Ujian Diagnostik Tahun 6 ini merupakan ujian wajib dilakukan pada awal tahun. Ujian ini bertujuan untuk penentuan kelas (streaming class), mengenalpasti pencapaian awal murid Tahun 6 dalam mata pelajaran UPSR.
Seterusnya membuat analisis kepada setiap guru mata pelajaran dan sekaligus dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan awal serta dapat menyediakan pelan taktikal seawalnya hasil daripada analisis untuk menghadapi UPSR pada tahun ini. Pentingnya di sini adalah untuk meningkatkan pencapaian UPSR 2016 sekolah. Selain itu, ia turut bertujuan untuk pendedahan format baru KSSR Tahun 6 untuk UPSR 2016. Berikut adalah jadual Ujian Diagnostik yang akan dijalankan pada 12-14 Jan 2016. Fasa I Perlantikan pada peringkat Fasa I ini adalah untuk murid yang memegang jawatan sebagai Ketua. Jawatan tersebut adalah; Ketua Murid Timbalan Ketua Murid Ketua Murid Tahap 1 Ketua Murid Tahap 2 Ketua Pengawas Perdana Ketua Pengawas Pusat Sumber Ketua Pengawas SPBT (BOS) Ketua Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Ketua Turus Fasa II
Perlantikan pada Fasa II pula tertumpu kepada semua murid yang memegang jawatan khas termasuk Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas. Pada 11 Jan 2016, mereka diketuai oleh Ketua Murid membaca Ikrar Akur Janji. Assalamualaikum...
Alhamdulillah, segala yang dirancang berjalan seperti yang dikehendaki. Orentasi Tahun 1 yang telah diadakan selama 2 hari iaitu pada 30 dan 31 Dis 2015 berjalan dengan lancar. Semua guru yang telah ditugaskan turun sama-sama meraikan kehadiran murid Tahun 1. Program ini termasuk di bawah program Kurikulum. Tahniah kepada penyelaras Porgram iaitu Puan Rujiah dengan kerjasama Madam Ann selaku Guru Penolong Kanan Akademik dan Kurikulum SKMKK SKK. Assalamualaikumm dan Selamat Sejahtera buat semua terutama warga Sekolah Kebangsaan Kota Kinabalu!!
Selamat kembali ke sekolah kepada guru-guru dan semua murid. Sama-sama kita menghadapi segala cabaran dan rintangan serta dedikasi dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Wassalam... Ikhlas, Admin_fhz |
Buletin SKM
November 2016
Chatting Here |