0 Comments
Sekalung TAHNIAH diucapkan kepada pasukan bicara berirama SK Mutiara SKK atas kejayaan yang diraih pada 28 April yang lepas. Pertandingan ini diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pada 22-24 April yang lepas, semua murid tahun 6 telah berkampung di sekolah bagi mengikuti program Kids' Camp. Porgram ini nertujuan untuk murid lebih bersemangat dalam pembelajaran untuk mencapat taget 6A UPSR.
Tahniah diucapkan kepada penyelaras program iaitu Cikgu Bahaman Putra yang sangat komited dalam menjalankan tanggungjawab dan segala kelancaran program. Tahniah juga kepada semua guru-guru yang terlibat. Pada 25 April yang lepas, telah diadakan satu slot membaca selama 10 minit. Program ini bertujuan mendorong rakyat Malaysia membaca, dimulai dengan langkah awal selama 10 minit sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan.
Majlis Anugerah Cemerlang Mutiara '16 telah berlangsung dengan penuh gemilang pasa 14 April yang lepas. Tahniah kepada semua skuad kerja dari semua guru yang terlibat. Tahniah juga kepada anak-anak didik yang berjaya meraih kejayaan pada hari tersebut!
Gotong-royong Perdana ini dibawah anjuran pihak PIBG yang telah diadakan pada 9 April. Semua ibubapa dan guru turun melakukan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan masing-masing.
Kem Membaca 1 Malaysia telah bermula serentak seluruh Malaysia bermula jam 10 pagi. Semua murid berada dalam keadaan senyap sambil membaca selama 10minit. Program ini melibatkan semua murid dan guru.
Majlis penutupan diadakan pada 6 April bermula jam 7 pagi dan berkahir lebih kurang jam 8 pagi. Tahniah kepada penyelaras KM1M iaitu Puan Floria Dora Gilam atas kelancaran program tersebut. Sekalung Tahniah diucapkan kepada adik Clarissa Sofea atas kejayaan Johan bagi sukan permainan Tenis bagi peringkat Bahagian Barat MSSD
Tahniah kepada anak didik SKM yg berjaya mara ke peringkat seterusnya iaitu Peringkat Daerah Kota Kinabalu. Sekali lagi TAHNIAH kerana berjaya meraih kejayaan besar bagi pihak sekolah.
Pertandingan ini diadakan pada 2 April 2016 di SMK Tebobon Berikut adalah kejayaan yang diperolehi mengikut katogeri masing-masing: Tilawah Perempuan: Naib Johan (Nur Zahraa Hasya Zuhayraa - 2 Delima) Bercerita Lelaki: Johan (Muhammad Fahemm Mat Zuki - 5 Berlian) Bercerita Perempuan: Johan (Pengiran Nurhidayah Sofea Nordin - 6 Berlian) Hafazan Lelaki: Tempat ketiga (Muhammad Iqmal - 6 Berlian) Hafazan Perempuan: Naib Johan (Nur Fateen Azzahraa - 6 Berlian) Tahniah! Moga terus cemerlang di masa akan datang!~ |
Buletin SKM
November 2016
Chatting Here |