Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
20 November 2014 merupakan satu tarikh yang bakal diingati oleh seluruh warga SKM. Satu majlis yang dirancang tanpa pengetahuan Puan Hajjah berjalan dengan penuh dengan penuh syahdu. Beliau akan bersara bermula pada tahun ini dan tahun ini merupakan tahun terakhir beliau berkhidmat. Persembahan yang dirancang dan dikelolai oleh Cikgu Hafiz mendapat sambutan baik oleh semua guru. Alhamdulillah. Tiada kata yang hendak diucapkan oleh kami dari sleuruh warga SKM. Ketiadaan Puan Hajjah yang merupakan kakak di sekolah ini akan dirasai oleh kami semua. We will missyou here Kak Hajjah :)
0 Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Alhamdulillah, pada 4 November yang lepas bersamaa 11 Muharram 1436H telah berlangsungnya Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah dengan penuh warna warni. Tahniah kepada penyelaras iaitu Ustaz Idris dan Ustazah Farha yang merealisasikan majlis tersebut. Oleh itu, jutaan terima kasih kepada AJK yang terlibat terutama kepada ahli Panitia Pendidikan Islam yang banyak membantu dan rakan-rakan yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Majlis ini dirasmikan oleh Guru Besar SK Mutiara; Datin Hajah Florence Faizah Kouju. Sedikit cerita perjalanan majlis dikongsikan di sini. Majlis bermula pada jam1030 am iaitu selepas murid Tahap 2 selesai rehat. Paluan kompang mengiringi barisan murid Tahun 6 yang terlibat menjayakan khatam tersebut. Selepas itu, ucapan kata aluan oleh Guru Besar sekaligus merasmikan Msjlis. Dipenghujung majlis tersebut, pengagihan bunga telurs dilakukan. Akhir kata, semoga majlis ini akan diteruskan untuk tahun akan datang dan berlangsung dengan penuh gilang gemilang. Insya Allah.... Majlis Apresiasi SK Mutiara merupakan Majlis Makan Malam Guru & AKS SKM bersama pihak PIBG SKM. Majlis ini disupport sepenuhnya oleh pihak PIBG SKM. Majlis ini juga telah dimeriahkan dengan kehadiran Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Binti Tan Sri RM Jasni isteri kepada Tuan Yang DiPertua Negeri Sabah.
|
Buletin SKM
November 2016
Chatting Here |