Assalamualaikum....
Sekalung TAHNIAH diucapkan kepada 5 orang guru yang mendapat Guru Cemerlang 2013. 1. Pn. Hajah Fatimah Binti Haji Othman 2. Pn. Joachim Rose Kimsoh 3. Pn. Dg. Lamiah Mataip 4. Pn. Ng Chee Lih 5. En. MH Basri Bin Mat Piah Semoga dengan kejayaan guru ini menambahkan lagi semangat dan terus bekerja dengan cemerlang! Tahniah!! Tahniah!! Tahniah!!
1 Comment
Assalamualaikum... Tahniah diucapkan kepada Pasukan Bicara Berirama SKM kerana berjaya mendapat Naib Johan dalam Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Negeri. Pertandingan ini diadakan di Keningau pada 23 Ogos 2014 (Sabtu) yang lepas. Tahniah juga kepada adik Muhammad Fadhil bin Mat Zuki kerana mendapat Konduktor Terbaik mewakili daerah Kota Kinabalu.
Terima kasih kepada segala usaha oleh semua pihak yang terlinbat terutama para jurulatih yang bertungkus lumus dan semua guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Tahniah diucapkan sekali lagi. Teruskan usaha di masa akan datang!! Assalamualaikum... Alhamdulillah, selepas 2 tahun kami menanti gelaran Juara. Akhirnya tahun ini JOHAN itu milik kami. Alhamdulillah. Pasukan Kalam Jamaie telah berjaya menggondol gelaran Johan! Oleh itu, sekaligus adik Adriana mendapat Konduktor Terbaik! Tahniah! Tahniah kepada barisan jurulatih yang bertungkus lumus melatih dalam masa seminggu. Jutaan terima kasih di atas segala sokongan dari seluruh pihak warga SKM! Kegembiraan ini dikongsi bersama :) Pertandingan ini diadakan pada 23 Ogos 2014 di SK Bukit Padang. Seiring dengan pertandingan ini juga diadakan pertandingan Azan dari Tahap 1. Alhamdulillah wakil dari SKM mendapat tempat Kedua iaitu adik Muhammad Faheem bin Mat Zuki dari kelas 3 Delima. Untuk pengetahuan semua, pasukan Kalam Jamaie SKM akan menwakili Dareah KK untuk bertanding ke peringkat Bahagian. Tarikh dan tampat masih belum diputuskan kerana memberi laluan kepada UPSR yang akan menjelma tidak lama lagi.
Assalamualaikum... Tahniah diucapkan kepada pasukan Bicara Berirama Mutiara yang berjaya menjadi Johan Peringkat Bahagian Barat pada Sabtu yang lepas iaitu pada 16 Ogos 2014. Pertandingan ini diadakan di SMK Limbanak, Penampang. Guru perngiring ialah Puan Rosalia, Puan Sharina dan Cik Noridah. Tahniah kepada guru yang melatih iaitu Puan Dg. Lamiah Mataip dan Puan Dewi Felix. Tidak lupa kepada pembantu yang terlibat secara langsung iaitu Cik Noridah, Puan Jariah, Puan Saizanah, Puan Maimunah, Puan Maheran, Puan Rosalia, Puan Marissa dan Puan Sharina. Tidak lupa doa yang berterusan dari seluruh warga SKM :) Dikesempatan ini, sekalung tahniah buat adik Muhammad Fadhil bin Mat Zuki kerana berjaya menggondol sebagai Konduktor Terbaik! Kami bangga atas pencapaian anda!!
Assalamualaikum...
Alhamdulillah! Sekali lagi pasukan Choral Speaking SKM menjadi Johan dalam pertandingan Choral Speaking Peringkat Bahagian Barat yang diadakan pada 12 Ogos 2014 yang lepas. Pertandingan ini diadakan di Dewan Auditorium Adventist Tamparuli. Pasukan ini akan terus bertanding untuk Peringkat Negeri yang diadakan di Ranau pada 16 Ogos 2014. Doakan kami mengiringi kejayaan kalian semua! All the best! Assalamualaikum... Tahniah buat pasukan Choral Speaking SKM di bawah didikan Puan Dewi Felix kerana berjaya mendapat Johan Peringkat Daerah yang diadakan di SJK (C) Chung Hwa Likas pada 8 Ogos 2014 yang lepas. Pertandingan ini disertai oleh 12 buah sekolah. Oleh itu, pasukan SKM sekaligus mewakili dearah Kota Kinabalu ke pertandingan peringkat Bahagian Barat di Dewan Auditorium Adventist Tamparuli pada 12 Ogos 2014.
Seluruh warga sekolah mendoakan kejayaan pasukan kita untuk terus ke peringkat seterusnya. Good Luck! |
Buletin SKM
November 2016
Chatting Here |