Assalamualaikum dan salam sejahtera... Syukur Alhamdulillah, selesai sudah Kem Bestari Solat Fasa 1 untuk tahun ini. Tahniah kepada penyelaras program iaitu Ustazah Nurul Sadatul Haslina kerana dapat menjayakan kem ini dengan penuh dedikasi. Selain itu, sekalung ucapan terima kasih kepada para asatizah SKM di atas bantuan dan kerjasama yang telah diberikan. Tidak lupa ribuan terima kasih kepada adik-adik dari Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Sabah di atas kesudian turun padang membantu kami sekaligus menjadi fasilitator kepada murid Islam SKM. Semoga Allah membalas jasa baik kalian semua.
Akhir kalam. Apa yang buruk datangnya dari kami, yang baik datangnya dari Allah. Insya Allah kem yang akan datang kami cuba perbaiki segala kelemahan.
0 Comments
Pada 8 Feb 2014, pihak SKM telah menubuh satu badan komuniti untuk pra-sekolah. Ia diberi nama Badan Komuniti Seri Tiara 2014. Carta Organisasi Badan Komuniti Seri Tiara 2014
Pengerusi: Encik mohd Hisham bin Hj Salleh Penolong Pengerusi: Encik Rizuan bin Abdullah Setiausaha: Puan Rujiah binti Abdul Halim Penolong Setiausaha: Puan Maimunah binti Abdullah Bendahari: Puan Lailawati binti Japar AJK: Puan Rosnasairadive binti Junayah (Pendidikan) Puan Marlina binti Dorri (Kebersihan) Puan Syuziana binti Mohamad (Keceriaan) Encik Liew Cheng Seng (Kebajikan) Encik Madisa bin Rodolfo Assalamualaikum... Selamat sejahtera... Kursus Kepimpinan Pengawas telah dijalankan ada 8 Feb 2014 iaitu pada hari Sabtu. Semua murid yang memegang jawatan khas yang telah dilantik oleh pihak skeolah WAJIB ikuti kursus ini. Tujuan ia diadakan sebagai pendedahan kepada murid berkaitan tugas masing-masing. Tahniah kepada penyelaras kursus serta jutaan terima kasih buat semua guru yang terlibat. Kehadiran murid 142/170 sahaja. Namun murid yang tdiak hadir telah memberi surat tunjuk sebab.
Semoag dengan kursus ini murid yang memegang jawatan khas ini akan lebih bertanggungjawab dan amanah dalam menjalankan tugas masing-masing. Lawatan khas dari Pasukan Pergigian Bergerak Sek Ren Kota Kinabalu telah hadir ke sekolah pada hari ini (4 Feb 2014) untuk menghantar Kad Pergigian Murid Tahun 1 2014.
Kehadiran mereka juga bertujuan untuk menetapkan tarikh iaitu pada bulan September untuk melakukan pemeriksaan gigi terhadap murid. Assalamualaikum...
Selamat sejahtera... Welcoming notes to all SKM members!~ Nantikan ceritera serta program yang akan dilaporkan dari semasa ke semasa... Jom kita senaraikan beberapa program yang telah tertulis di dalam Takwim Sekolah untuk bulan Februari:
Semoga apa yang telah direncanakan dapat dijalankan dengan baik. Akhir kalam, semoga berjaya! |
Buletin SKM
November 2016
Chatting Here |