Assalamualaikum. Mulai jam 6 petang, kelihatan guru-guru, ibubapa serta murid Tahun 6 hadir untuk memeriahkan majlis. Persiapan tempat telah tersedia mengikut jadual yang ditetapkan. Majlis dimulakan dengan solat berjemaah (Maghrib) yang diimamkan oleh Ustaz Wan Abdullah. Selepas itu diikuti oleh Solat Sunat Hajat yang diimamkan oleh Ustaz Mohd Anuar. Selesai sahaja Solat Hajat, majlis diteruskan lagi dengan bacaan Yasin beramai-ramai yang diketuai oleh Ustaz Ahmad bin Yaakob. Akhir sekali, Ustaz Ahmad terus mengimami solat Isyak yang juga dilakukan secara berjemaah. Seusai solat Isyak, pengerusi Majlis iaitu Ustaz Zainal Abidin menjempaut seluruh warga Sk Mutiara, Tahun 6 serta ibubapa yang hadir untuk menjamu selera bertempat di kantin sekolah.
Untuk pengetahuan pembaca, Majlis ini juga disertai oleh Tahun 6 non-Muslim. Hal ini kerana program ini bergabung di bawah panitia Moral dan panitia Pendidikan Islam. Wasasalam. Admin: Mengucapkan syukur pada Allah kerana majlis berjalan seperti yang dirancang :)
0 Comments
|
Buletin SKM
November 2016
Chatting Here |