Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Selesai sudah majlis besar yang dinantikan pada setiap tahun iaitu Majlis Anugerah Cemerlang Mutiara 2014. Majlis ini diadakan di Mini Auditorium Putrajaya. Tahniah kepada seluruh warga SKK SKM yang bertungkus-lumus menjayakan majlis ini. Persiapan deami persiapan yang dilakukan dengan penuh rapi. Tidak banyak yang hendak diperkatakan di sini, jom kita melihat beberapa keping gambar yang telah ditangkap muat sepanjang majlis ini berlangsung! Happy stalking!
1 Comment
Assalamualaikum..
Untuk pengetahuan pembaca, berikut adalah cuti yang sedang berlangsung. kami akan kembali bertugas pada 5 Mei 2015 iaitu pada hari Selasa. 30 April 2015 (Khamis): Cuti Peristiwa (Sempena ACM) 1 Mei 2015 (Jumaat): Cuti Hari Pekerja 2-3 Mei 2015 (Sabtu&Ahad): Cuti hujung minggu 4 Mei 2015: Cuti Hari Wesak (carry forward) Selamat bercuti buat semua warga SKK SKM KK!! Pada 24-26 April yang lepas, telah berlangsungnya satu lagi program untuk murid Tahun 6 iaitu Kids Camp. Program ini diadakan pada setiap tahun dan pada tahun ini sekali lagi dibertanggungjawabkan ke atas Encik Shahrul. Tahniah dan syabas atas segala usaha dan komitment yang telah diberikan kerana di bawah pimpinan beliau Kods Camp ini berjalan dengan jayanya.
Program ini diadakan di kawasan sekolah sahaja di mana semua murid berkampung di sekolah selama 3 hari 2 malam. Guru-guru yang bertugas menjalankan tugas masing-masing dengan penuh rasa tanggungjawab. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah LDK, ceramah motivasi, malam penghayatan, solat berjemaah, kembara serta acara kejutan. Semua acara ini dijalankan oleh semua guru yang terlibat. Akhir kalam, tahniah dan syabas kepada semua warga SKK SKM KK yang sama-sama memberikan komitment yang tidak terbelah bagi untuk menjayakan program besar ini. Sekian. Assalamualaikum...
Alhamdulillah. SKK SKM KK sekali lagi menerima seorang lagi guru baru pada 14 Aprtil 2014 yang lepas. Beliau ialah Encik Abdul Salam bin Hari. Opsyen beliau ialah Bimbingan dan Kaunseling. Sedikit biodata ringkas mengenai beliau:
Beliau sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Selaku penulis blog sekolah, saya mengalu-alukan kedatangan Cikgu Salam dan sama-sama berkhidmat dengan penuh dedikasi di sini :) Pada 21 April 2015 yang lepas, telah berlangsungnya Program KM1M Peringkat Sekolah. KM1M merujuk kepada Kem Membaca 1 Malaysia.
Program ini dijalankan secara serentak seluruh Malaysia pada jam lebih kurang 10 pagi. Semua warga SKK SKM melibatkan diri program ini yang diketuai oleh Puan Floria selaku Guru Pusat Sumber Sekolah. Tepat jam 10am, wisel dibunyikan dan serentak semua yang ada membaca dengan tekun selama 33 minit. Selepas berakhirnya 33 minit pembacaan tersebut, Puan Floria memanggil wakil dari Tahun 6 dan Tahun 5 untuk memberikan sedikit ringkasan dari apa yang telah dibaca. |
Buletin SKM
November 2016
Chatting Here |