Selamat bercuti buat warga SK Mutiara. Ucapan khas buat cikgu-cikgu atau murid-murid yang menyambut Tahun Baru Cina. Happy holiday peepss!
Special for:
0 Comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.... Dengan penuh rasa berbesar hati, kami warga SK Mutiara mengalu-alukan kedatangan dua orang pelatih dari IPG Gaya iaitu 1) En. Puvaneshwaran A/L Mohindran 2) Cik Lu Hui Ping Opsyen: PISMP SR (BI) Mereka akan berkhidmat dan mengambil pengalaman mengajar selama tiga bulan bermula 27 Jan 2014 sehingga 25 Apr 2014.
Selamat berkhidmat di SK Mutiara! Assalamualaikum...
Program Awesome, Brilliant, Champion (A*B*C) diadakan pada 25 dan 26 Jan 2014 yang lepas. Program berbentuk motivasi yang dijalankan untuk murid Tahun 6. Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat semua... Alhamdulillah. Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah telah selamat diadakan mengikut apa yang telah dirancang oleh pihak penyelaras iaitu Puan Maheran binti Mohd Basri. Antara acara yang diadakan adalah pertandingan Perarakan, pertandingan Mewarna bagi Tahap 1 dan Pertandingan Melukis bagi Tahap 2. Kami di pihak Panitia Pendidikan Islam memohon maaf sekiranya ada berlaku cacat cela atau ketidak puasan hati dari mana-mana pihak. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu dari kesialapan kami sendiri.
Wallahu A'lam. Taklimat ringkas berkaitan Headcount oleh GB telah diadakan di bilik Amethyst jam 2 petang. Taklimat ini bertujuan memberi pencerahan berkaitan pengaplikasian Headcount di sekolah. Hal ini berkaitan sistem pengurusan sekaligus memudahkan kerja guru untuk mengenali setiap pencapaian murid-murid.
Setiap tahun, sekolah akan memilih murid-murid untuk memegang Jawatan Khas sekolah. Pemilihan dibuat berdasarkan keperibadian dan kesahsiahan murid. Bagi jawatan Pengawas Perdana, proses menemuduga telah dijalankan lebih awal. Jawatan yang dilantik adalah:-
Pihak sekolah berharap mereka yang memegang Jawatan Khas ini dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh berdedikasi dan ikhlas.
Sekian. Seminar Teknik Memahami dan Menjawab Soalan Tahun 5 & 6 merupakan salah satu Program Kecemerlangan Tahun 6 yang dikelolai oleh Unit Kurikulum Sekolah. Seminar ini dijalankan selama dua hari iaitu pada 15 dan 16 Jan 2014 (Rabu dan Khamis) yang lepas bertempat di Pusat Sumber Sekolah. Subjek utama seminar adalah Matematik dan Sains. Guru yang terlibat seramai lapan orang iaitu:
Harapan pihak sekolah agar dengan adanya seminar ini, semua murid Tahun 5 dan 6 dapat mengetahui kaedah dan teknik memahami serta menjawab soalan Matematik & Sains dengan betul.
Sekian. Pada 15 Januari yang lepas, perjumpaan aktiviti wajib bagi Kokurikulum telah dijalankan. Seperti tahun-tahun yang lepas juga, aktiviti KoKum dijalankan pada hari Rabu. Tahun ini aktiviti bermula jam 2 petang dan berakhir pada jam 410 petang. Pada tahun ini juga, rombakan telah dilakukan iaitu Badan Beruniform diadakan 1 jam pertama pada setiap minggu. Manakala 1 jam kedua, akan diselang-seli dengan Sukan dan Persatuan/Kelab.
Semoga aktiviti KoKum tahun ini berjalan seperti yang telah dijadualkan. Sekian. Salam Maulidur Rasul diucapkan kepada seluruh warga SK Mutiara serta umat Islam di pelusuk dunia.
(*,*) Minggu Transisi merupakan salah satu program wajib yang dijalankan setiap tahun. Pihak sekolah beranggapan Minggu Transisi ini amat penting di mana ia merupakan proses perkenalan antara murid dengan guru dan antara murid dengan persekitaran sekolah.
Pada tahun ini iaitu 2014, Minggu Transisi dijalankan selama tiga minggu bermula 2 Jan 2014 sehingga 17 Jan 2014. Tujuan utama agar murid dapat mengetahui kesemua mata pelajaran, kenali guru kelas masing-masing, kenali guru mata pelajaran dan kenali bilik-bilik utama yang terdapat di bangunan sekolah. Selain dari itu, murid-murId juga dapat memulakan interaksi sesama mereka dan mengenali rakan sebaya. Pada 10 Jan yang lepas, Ujian Dinogstik telah dijalankan bagi melihat sejauh mana murid dapat menguasai kemahiran asas. Selesai ujian ini dijalankan, guru dapat mengenalpasti siapakah dikalangan murid Tahun 1 menghadapai masalah lemah dalam pelajaran. Masih berbaki seminggu Minggu Transisi Tahun 1. Seusai sahaja Minggu Transisi ini, rancangan mengajar akan dibuat seperti yang telah diformatkan. Sekian. |
Buletin SKM
November 2016
Chatting Here |