Assalamualaikum..
Salam sejahtera... Untuk pengetahuan semua, pada bulan Ramadhan yang lepas, Panitia Pendidikan Islam menjalan satu program yang dinamakan Program Ziarah Amal. Penyelaras progrm ini ialah Ustaz MH Basri bin Mat Piah. Program ini diadakan pada setiap tahun, namun apa yang berbeza sedikit pada tahun ini, diadakan dua fasa iaitu Fasa Pertama sasaran utama untuk murid miskin SKM dan Fasa Kedua sasaran kepada masyarakat luar iaitu di Kampung Bronoun Telipok. Program ini berjalan seperti yang dijalankan. Sepanjang bulan Ramadhan berjalan, kutipan derma diadakan serentak bersama program Ihya' Ramadhan. Hasil kutipan tersebut, pihak panitia Pendidikan Islam membeli keperluan harian untuk diagihkan kepada murid yang layak. Selain belian hasil kutipan derma, pihak panitia juga ada menerima sumbangan dari pihak luar dan tidak lupa yang membayar fidyah. Tahniah kepada penyelaras atas segala urusan dan program berjalan dengan baik sekali.
0 Comments
Salah satu peristiawa besar yang berlaku dalam bulan Ramadhan ialah turunnya kitab suci Al-Quran. Dalam surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud:
“Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw. Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman. Sumber: SINI Assalamualaikum...
Program Ihya' Ramadhan merupakan satu program taunan yang wajib dilakukan apabila tiba bulan Ramadhan. Porgram ini bertujuan untuk mengumpul semua murid Islam di surau ketika waktu rehat dan pada masa yang sama Tabung Ziarah Amal diedarkan. Pada tahun ini, program berjalan seperti tahun-tahun lepas. Jadual bertugas telah dikeluarkan oleh pihak penyelaras dan disokong oleh Guru Besar. Terdapat guru-guru lain yang turut bertugas membantu mengawal murid. Untuk pengetahuan semua, seperti tahun-tahun lepas, kerap kali berlaku kehilangan kasut. Oleh itu, tahun ini, pihak Panitia Pendidikan Islam megambil satu inisisatif menyediakan plastik untuk murid meletakkan kasut dan di bawa masuk ke dalam surau. Alhamdulillah, setakat ini tiada laporan kehilangan kasut. Program ini bermula sebaik sahaja bermula 1 Ramadhan sehingga minggu terakhir sebelum cuti sekolah. |
Buletin SKM
November 2016
Chatting Here |