TARIKH : 21 FEBRUARI 2014 TEMPAT : GELANGGANG BOLA BALING SK MUTIARA KOTA KINABALU,SABAH MASA : 7.30 PAGI – 4.00 PETANG ANJURAN : SK MUTIARA KOTA KINABALU, SABAH PERINGKAT : ZON LIKAS, KOTA KINABALU, SABAH Berikut adalah keputusan penuh:- KEPUTUSAN PERTANDINGAN BAGI KATEGORI LELAKI
KEPUTUSAN PERTANDINGAN BAGI KATEGORI PEREMPUAN
Pasukan Lelaki SK Mutiara dan pasukan Perempuan SK Lok Yuk Likas akan mewakili Zon Likas pada Peringkat Daerah yang akan diadakan pada 6 Mac 2014.
Pasukan yang menang boleh memilih atau menentukan pemain yang mewakili Zon Likas pada pertandingan Peringkat Daerah tersebut. Zon Likas masih kekurangan pengadil untuk mengadili perlawanan. Diharap pada masa akan datang, sekolah yang bertanding dapat menyediakan sekurang-kurangnya seorang pengadil untuk bertugas semasa kejohanan. Admin: Tahniah buat anak-anak SKM. Teruskan perjuangan agar terus mencapai kegemilangan! **Terima kasih atas segala perkongsian
0 Comments
TARIKH: 22 FEBRUARI 2014 (SABTU) - SK TEBOBON (ACARA PADANG) 28 FEB, 2 & 3 MAC 2014 - KOMPLEKS SUKAN LIKAS, K. KINABALU PENGURUS PASUKAN : EN. AFENDY HJ. RAMLEE JURULATIH : EN. A. MOHD SHARUL A. MOHD SHARIFF : EN. RICHARD JIMMY : PN. SAIZANAH SININ Berikut adalah keputusan penuh bagi murid SKM yang menyertai:- Muhammad Faris Haziq bin Ahmad Isman yang memenangi pingat perak bagi acara 80m lompat berpagar telah terpilih untuk mewakili daerah Kota Kinabalu dalam acara 80 lompat berpagar dan acara 4x200m lari berganti-ganti untuk Kejohanan Padang dan Balapan MSS Bahagian Barat yang akan diadakan pada 17, 18 & 19 Mac 2014 di Kompleks Sukan Sekolah Sukan Malaysia Sabah yang dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran. Admin:
Tahniah dari pihak admin! Anak-anak SKM sentiasa bersinar dengan cemerlang! Go! Go! Go! Terima kasih atas segala maklumat yang diberikan kepada pihak kami. Assalamualaikum.. Salam 1 Malaysia buat semua! Entry kali ini agak santai. Ucapan tahniah buat staff SKM yang telah melahirkan anak pada tahun lepas termasuk saya admin blog ini :D Rakan kita yang bertuah adalah:- 1) Puan Rosalia
2) Puan Veronica
3) Puan Maheran
4) Puan Farhatul Hakimah
5) Puan Norhana Asra
Kelab Guru SKM telah menyediakan sedikit peruntukan untuk diberikan kepada guru yang bersalin anak pertama ketika mula berkhidmat di SKM. Dua orang guru yang bertuah adalah Puan Farhatul Hakimah dan Puan Norhana Asra. Tahniah!
Sekian dari admin. Wassalam Bengkel Connecting Lessons through Google Apps ini telah dikendalikan oleh pensyarah dari IPG Kampus Gaya Kota Kinabalu iaitu Mr. Alvin, Mr. Harold, Ms Carole, Ms Jenny Kwong dan Puan Norafidah. Bengkel ini diadakan di Bilik Amethyst bermula jam 1.30 petang dan berakhir pada jam 3.00 petang. Jutaan terima kasih buat mereka atas segala perkongsian kepada guru-guru SKM.
Assalamualaikum.... Salam hujung minggu buat warga SKM semua!! :D 1 Mac 2014 bersamaan Sabtu yang lepas, telah berlangsung pertandingan Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Zon Kota Kinabalu Selatan (KKS). Pertandingan diadakan di SK Kepayan. Alhamdulillah, walaupun SKM hanya memenangi tiga acara, namun sekaligus menggondol gelaran Johan Keseluruhan! Tahniah dari pihak admin! Sekalung tahniah buat Adik Muhammad Fadhil bin Mat Zuki (6 Berlian) menjadi Johan Bercerita Kisah Al-Quran (L), adik Nurhidayah Fateen Azhara binti Abd Rahman (4 Berlian) mendapat Naib Johan Bercerita Kisah Al-Quran (P) dan adik Muhammad Nabil bin Zilfikri (5 Berlian) Naib Johan untuk acara Hafazan (L).
Tahniah! Tahniah! Tahniah! Buat peserta yang tidak berjaya, jangan sedih dan kecewa. Anda semua tetap menang di hati kami terutama guru-guru yang melatih :) Sekian dari admin. Kita cuba lagi tahun hadapan. Insya Allah! |
Buletin SKM
November 2016
Chatting Here |