Sekalung TAHNIAH diucapkan kepada 4 orang staff SKM SKK yang mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang 2015. Mereka ialah
1) Miss Alice Ann Kian 2) Puan Azian Binti Khusaini 3) Puan Rujiah 4) Encik Azman Mokhti (AKP) Semoga terus berkhidmat dengan cemerlang di masa akan datang. Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan pada 20 Mei 2016 iaitu pada hari Jumaat. Seperti tahun-tahun yang lepas, pada tahun ini juga sambutan dilakukan selama dua hari. Sambutan tersebutan adalah seperti berikut:-
20 Mei 2016 (Jumaat): Sukaneka Hari Guru 23 mei 2016 (Isnin): Jamuan dan Tukar Hadiah Untuk pengetahuan semua, antara aktiviti sukaneka yang dilakukan pada hari Jumaat tersebut ialah Magic Box, Manik Kasih, Tiupan Angin, Frozen, Senamronik dan acara rasmi Hari Guru. Pada hari tersebut juga, murid yang membawa hadiah untuk diberikan kepada guru kesayangan masing-masing. Tahniah kepada penganjur Sambutan Hari Guru kerana segala yang dirancang berjalan dengan penuh meriah! SELAMAT HARI GURU SEMUA!! SELAMAT HARI GURU.JASA GURU TIDAK TERNILAI
Pada sy Cikgu sentiasa menjadi mangsa keadaan; Cikgu dicaci org xbising... Cikgu dihina org xbising... Cikgu diherdik org xbising... Cikgu dipukul org xbising... Cikgu disaman org xbising... Niat Cikgu sering disalah ertikan... Cikgu korban duit org xpandang.... Cikgu korban masa org xpandang... Cikgu korban tenaga org xpandang... Cikgu korban rasa org xpandang... Cikgu korban perasaan anak2 dan keluarga orang xpandang... Cikgu buat sgala kebaikan orang xpandang... Pengorbanan Cikgu orang xpandang... Niat Cikgu sering disalah ertikan..... Cikgu sentiasa ingatkan supaya sentiasa menghormati ibu bapa... Sentiasa mengenang jasa ibu bapa... Sentiasa menyayangi ibu bapa... Jangan bercakap kasar dengan ibu bapa... Jangan biadab dengan ibu bapa... Jangan melawan ibu bapa... Jangan derhaka pada ibu bapa... Tapi berapa ramai ibu bapa yg ingatkan anak Supaya hormati Cikgu... Supaya mengenang jasa Cikgu... Supaya menyayangi Cikgu... Supaya tidak bercakap kasar dengan Cikgu... Supaya tidak biadap dgn Cikgu... Supaya tidak melawan Cikgu... Supaya tidak derhaka pada Cikgu.... Gaji Cikgu yg sering diungkit... Hadiah utk Cikgu yg sering diungkit... Cuti Cikgu yg sering diungkit Seorang dua Cikgu yg buat silap, Semua Cikgu kena kutuk... Seorang dua Cikgu yang buat salah, Semua Cikgu kena hina... Cikgu pun manusia biasa.... Orang yg bukan Cikgu ; Tidak pernah memahami perasaan Cikgu.... Tidak pernah memahami hati Cikgu... Orang xtahu, 😭Ada Cikgu yg menitiskan mata kerana terharu menerima hadiah sebàtang pensil yg bernilai 30 sen 😭Ada Cikgu yg menitiskan air mata kerana terharu menerima hadiah sebatang pen 😭Ada Cikgu yg menitiskan air mata kerana terharu menerima hadiah sesikat pisang Orang x tahu.... Cikgu dikata kejar nama.... Cikgu dikata kejar duit... Cikgu dikata kejar pangkat... Cikgu dikata kejar glamour.... Wahai Cikgu... Biarkan apa org nak kata... Biarkan apa org nak cerca... Biarkan apa org nak nista... Biarkan apa org nak hina... Bukan pujian yg Cikgu pinta... Bukan sanjungan yg Cikgu damba.... Bukan darjat yg Cikgu puja.. Bukan hadiah yg Cikgu paksa... Serahlah saja pada yg Esa.. Sekali Cikgu, selamanya Cikgu.. Kepada saudara2 ku yg bergelar CIKGU... SELAMAT HARI GURU Terima kasih CIKGU... Kem Besatri Solat Fasa 1 telah dijalankan pada 13 dan 14 Mei yang lepas. Kem ini melibatkan semua murid Islam.
Tahap 2: 13 Mei 2016 (Jumaat) Tahap 1: 14 Mei 2016 (Sabtu) Program berjalan dengan lancar. Semua murid yang hadir diberi cenderamata sebagai kenangan. Lawatan klinik ini selalunya diadakan di sekolah mengikut jadual yang telah dibuat. Ini bertujuan untuk memastikan semua murid mendapat rawatan mengikut jadual yang sepatutnya.
Lawatan pertama ini diadakan pada 1 - 13 Mei 2016. Semua murid Tahun 1 dan 6 wajib diberi rawatan pemeriksaan tersebut. KLAQ ini berfokus kepada murid yang membaca Iqra 1-4 sahaja. Ia bertujuan untuk membantu murid yang lemah untuk lebih lancar membaca. Murid yang lancar dalam pembacaan Al-Quran menjadi Fasi kepada murid yang lemah membaca.
KLAQ berjalan selama 4 hari bermula 10-13 Mei mengikut waktu pdp Tasmik. Kem Cemerlang Jawi 2016 (KCJ) Fasa 1 telah berlangsung pada 7 Mei yang lepas. Tujuan kem ini adalah untuk mendedahkan murid yang lemah dengan kaedah-kaedah penulisan dan pembacaan Jawi. Murid dibekalkan dengan Modul Membaca dan guru mengaja teknik yang mudah. Pada hujung waktu, murid terus diuji dengan Ujian Pos.
|
Buletin SKM
November 2016
Chatting Here |