Asslamualaikum..
Sekadar perkongsian buat pembaca semua, sekolah kini sedang giat menjalankan latihan sukan. Latihan diadakan bermula jam 7 pagi sehingga jam 9 pagi sahaja. Latihan diperuntukan selama seminggu sahaja. Oleh itu, semua pasukan setiap rumah bersungguh-sungguh membuat segala persiapan. Kita tengok 3 Oktober nanti Rumah Sukan manakah yang bakal menjadi Juara Keseluruhan. Semangat ok! Ok. Kepada ibubapa yang ingin menyaksikan acara Balapan yang akan diadakan di Stadium Likas Kota Kinabalu sangat-sangat dialu-alukan. Sokongan anda sangat dihargai! Di sini saya sertakan sedikit maklumat berkaitan Karnival Sukan Kali Ke-12 yang bakal berlangsung: Tarikh: 3 Oktober 2014 Hari: Khamis Tempat: Stadium Likas Kota Kinabalu
0 Comments
Assalamualaikum.. Tahniah kepada pasukan Kalam Jamaie dari SKM kerna berjaya ke Peringkat Negeri yang diadakan di Tambunan baru-baru ini. Walaupun tewas hanya mendapat tempat keempat, sudah cukup membanggkan seluruh warga sekolah. Tahun depan kita cuba lagi. Caiyook! Dikesempatan ini, jutaan terima kasih kepada jurulatih yang berjaya melatih anak-anak SKM sehingga ke peringkat ini. Terima kasih juga kepada seluruh warga SKM atas sokongan padu yang diberikan. Tidak lupa kepada para ibubapa serta yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Terima kasih sekali lagi.
Sekian. 23 September 2014
Selasa Alhamdulillah! Sekali lagi Pasukan Kalam Jamaie dari SKM yang mewakili PPD KK telah dinobatkan sebagai Johan Peringkat Bahagian Barat! Tahniah diucapkan kepasa semua Jurulatih yang bertungkus lumus dan semua guru yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Jasamu akan dikenang... Oleh itu, Pasukan Kalam Jamaie akan terus bertanding di Peringkat Negeri pada 27 September 2014 (Sabtu) di Tambunan. Doakan pasukan ini berjaya! Amin~ Assalamualaikum...
Cuti sudah habis. Jom kembali ke sekolah dengan penuh rasa semangat! Oyeee~ Buat anak-anak SKM, sudah siap kerja sekolah? Masih ada masa sebelum esok menjelma. Kalau tidak mahu didenda cepat-cepat siapkan ok. Jumpa esok Insya Allah~ Terkini jadual yang baru dikeluarkan oleh pihak LPM. Calon UPSR yang bakal menduduki semula kertas Bahasa Inggeris dan Sains pada 30 September 2013 (Selasa).
Selamat maju jaya buat semua calon UPSR SKM~ Assalamualaikum...
Sekadar perkongsian berita yang sedang hangat diperkatakan. Semua calon UPSR 2014 akan menduduki semua UPSR bagi kertas Sains dan Bahasa Inggeris pada 30 September 2014. Hal ini telah disahkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia. Sekiranya tuan/puan inginkan maklumat yang lebih tepat, boleh terus melayari website Lembaga Peperiksaan Malaysia (SINI). Walaupun berasa sedikit terkilan tapi kami anggap pasti ada HIKMAH. Moga pihak atasan meneruskan penyiasatan terhadap kes ini. Assalamualaikum... 12 September 2014 Jumaat. Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah telah selamat berjalan seperti yang dirancang. Tahniah kepada pengerusi Puan Siti Normidah. Pelbagai acara telah diadakan antaranya Pertandingan Pakaian Beragam (Tahap 1&2), Pertandingan Nyanyia (Tahap 2) dan Pertandingan Perbarisan setiap kelas. Memang sangat teruja melihat anak-anak SKM yang berhias dengan bendera Malaysia. Semangat patriotik yang sangat membara!
Tahniah kepada pemenang bagi setiap acara. Tidak lupa juga kepada penyanyi jemputan Puan Sarimah dan Encik Richard yang berganding bahu mengisi masa kosong yang ada. Anda memang sporting! :D Assalamualaikum...
Selamat bercuti kepada seluruh warga SKM! Selamat pulang ke kampung, sentiasa beringat walau di mana kita berada ya! Buat anak murid SKM, cuti sekolah jangan lupa menelaah. Manfaat masa bersama keluarga sebaiknya, jaga diri sebaiknya. Jumpa lagi selepas seminggu bercuti~ 13 Sept >>>>> 21 Sept 2014 HAPPY HOLIDAY!!! Pada 9 - 11 September, ketika murid Tahun 6 menduduki peperiksaan UPSR, kesemua guru SKM yang tidak dengan mana-mana kursus luar dari sekolah diwajikan untuk menghadiri Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan selama 3 hari. Kursus ini diadakan di Bilik Amerthys.
Berikut adalah jadual yang disediakan oleh Puan Nelly. |
Buletin SKM
November 2016
Chatting Here |