0 Comments
TAHNIAH kepada pasukan Action Song SK Mutiara kerana berjaya mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Action Song Peringkat Daerah Kota Kinabalu. Pertandingan ini diadakan pada 15 Julai 2016 di SJKC Lok Yuk Likas. Sebanyak 12 buah sekolah telah menhantar pasukan masing-masing.
Berikut adalah senarai pemenang: Johan - SJKC St James Naib Johan - SK Mutiara Ketiga - SRS Datuk Simon Fung Minggu Anti Dadah ini telah diadakan selama 1 minggu bermula 27 Jun 2016 - 1 Julai 2016.
Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah: - Maklumat 5 minit Anti Dadah - Pertandingan mewarna poster Tahun 1 - Teka silang kata Tahun 2 - Membaca pantun Tahun 3 - Pengucapan awam Tahun 4 - Mendeklamasi sajak Tahun 5 dan Tahun 6 - Koir Tahun 4 dan Tahun 5 - Kuiz anti dadah - Ceramah kesedaran bahaya penyalahgunaan dadah oleh Pegawai Pencegahan Dadah Encik Arfizan dari AADK KK. Assalamualaikum dan selamat sejahtera Alhamdulillah. Program Ziarah Amal telah berjalan seperti yang dirancang. Tahun ini, panitia Pendidikan Islam telah memilih Kg Lentuong, Lapasan sebagai tempat untuk kami sampaikan sumbangan hasil daripada kutipan yang dijalankan sepanjang program Ihya' Ramadhan. Seperti tahun yang lepas juga, panitia juga ada menyampaikan sumbangan kepada murid yang miskin dan kurang pendapatan. Program ini berjalan mengikut dua fasa iaitu Fasa 1 yang diadakan pada 28 Jun 2016 (Selasa). Fasa 1 ini dilakukan dalam kawasan sekolah sahaja. Ibubapa atau penjaga murid yang menerima sumbangan dijemput untuk hadir ke sekolah untuk menerima sumbangan tersebut. Manakala Fasa 2 pula diadakan pada 29 jun 2016 (Rabu) di Kg Lentuong, Lapasan. Skuad Panitia bergerak bermula jam 1.30 petang dan sampai di kampung tersebut lebih kurang jam 2.30 petang. Cikgu Bhaif mewakili Guru Besar menyampai sumbangan sebanyak 40 bungkusan keperluan asas kepada setiap keluarga Islam di kampung tersebut. Fasa 1 Fasa 2 (Kg. Lentuong, Lapasan)
|
Buletin SKM
November 2016
Chatting Here |