Assalamualaikum...
Selamat sejahtera... Dikesempatan ini, diucapkan selamat bercuti buat seluruh warga SKM. Jaga diri walau berada di mana sekali pun. Selamat menjelajah dan menggunakan masa cuti ini sebaik yang mungkin. Insya Allah panjang umur jumpa lagi selepas 2 minggu setengah. Hehe~ Wassalam~
0 Comments
Assalamualaikum....
Selamat sejahtera :) 22 Mei tarikh dipilih untuk diadakan Karnival Kokurikulum Peringkat Sekolah pada tahun ini. Pihak Kokum merancang memanggil Anggota Penyelamat bomba untuk mengadakan Abseiling, Demostrasi Kebakaran dan Pameran Peralatan Bomba. Walau pun agak terlewat pihak Bomba datang, namuun semuanya berjalan dengan lancar. Pertunjukkan abseiling turut dilakukan oleh beberapa orang guru dari SKM. Begitu juga demostrasi kebakaran, beberapa orang guru SKM turut melakukannya walaupun dalam keadaan panas terik. Selain dari itu, pameran melihat peralatan Bomba turut diadakan. Semua guru dan murid boleh menyaksikan dan memegang peralatan tersebut secara dekat. Akhir sekali, tahniah kepada penyelaras Kokum Ustaz MH Basri Mat Piah! Assalamualaiku...
Salam Mutiara~ Seperti yang dijanjikan, saya update entry kedua mengenai Hari Guru. Kami guru SKM menyambut Hari Guru dengan membuat aktiviti iaitu Sukaneka Hari Guru. Pelbagai aksi yang dapat dilihat pada hari tersebut. Antara acara yang dipertandingkan ialah Bawa Belon Berpasangan, Bawa Bola Pingpong dengan Sudu, Baling Belon Air, Makan Pisang serta Isi Air dalam Botol. Sungguh kami semua bergembira di hari tersebut. Hehe. Apa-apa pun tahniah kepada penyelaras Puan Maheran di atas kendalian beliau untuk menjayakan aktiviti sukaneka ini. Mari lihat aksi-aksi guru SKM!!! Assalamualaikum... Salam sejahtera kawan2 dan pembaca sekalian... First of all sorry sangat sebab agak lambat update kisah pre-Hari Guru kali ini. Ada sedikit kesulitan yang tak dapat nak dielakkan heee... Untuk pengetahuan semua, saya namakan entry kali ini Diambang Hari Guru kerana kami guru-guru SKM menyambut Hari Guru awal sehari dari tarikh yang sebenar. Untuk menjimatkan masa, Jamuan Hari Guru dan Pertukaran Hadiah Suka Sama Suka diadakan pada 15 Mei. Sebab itulah saya nama Pre Hari Guru. Alhamdulillah majlis berjalan seperti yang dirancang. Akhir sekali, tidak perlulah saya menulis panjang, sekadar ingin berkongsi beberapa gambar sebagai kenangan kami di SKM.
Nanti entry kedua berkaitan SUKANEKA HARI GURU. Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Selamat Hari Guru! Maaf agak terlewat nak update...intro bagi flyers Hari Guru dulu ya.. Nantikan beberapa entry berkaitan sambutan Hari Guru SKM! Memang happening habis! ;) |
Buletin SKM
November 2016
Chatting Here |