Assalamualaikum... Alhamdulillah!! Sekali lagi wakil SKM sekali mewakili Zon Barat Negeri Sabah iaitu adik Muhammad Fadhil bin Mat Zuki dari kelas 6 Berlian berjaya mendapat Johan bagi acara Bercerita Kisah Nabi Katogeri Lelaki Peringkat Negeri yang telah diadakan pada 26 April 2014. Pertandingan ini diadakan di SMK KUhara, Tawau. Ucapan Tahniah ini juga diberikan kepada Skuad yang mewakili Zon Barat Negeri Sabah kerana berjaya mendapat Johan Keseluruahan. Tahniah sekali lagi!
Khas buat adik Muhammad Fadhil, teruskan berusaha dan terus berjuang diperingkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 16-18 Mei 2014 bertempat di Selangor. Doa kami sentiasa mengiringi. Insya Allah. Wassalam.
0 Comments
Assalamualaikum... Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan kepada Allah di atas segala keizinanNya, kami dapat lakukan sehabis baik bagi menjayakan program tahunan kami ACM'14 pada kali ini. ACM diadakan pada 17 April (Khamis) bertempat di Auditorium Kompleks Kerajaan Persekutuan Sabah. Acara bermula pada jam 7.30 am dan berakhir pada 1.30 pm. ACM pada tahun ini dirasmikan oleh YAB Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah binti Datuk R.M. Jasni. Sepanjang majlis ini berlangsung, para ibubapa disajikan dengan pelbagai bentuk persembahan antaranya Persembahan Okestiara "Viva Forever", Persembahan Seri Tiara "Gerakan Kreatif", Persembahan Tarian Mengiluk, Persembahan Tarian Klasik India, Persembahan Dikir Barat Mutiara, Persembahan Nyanyian Duet "Shine Your Way" dan yang terakhir Persembahan Nyanyian Koir "Proud Of You". Buat pengetahuan semua, buat julung-julung kalinya, majlis kita diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin Yang Di-Pertua Negeri Sabah lebih kurang jam 10 pagi kerana ingin menyaksikan persembahan anak beliau. Kami seluruh warga SK Mutiara merasa bertuah di atas kehadian beliau.
Akhir sekali, Tahniah buat semeua yang layak dan terpilih untuk menerima sijil pada hari tersebut. Teruskan berusaha untuk masa akan datang. Wassalam. Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Sekalung TAHNIAH buat adik Muhammad Fadhil bin Mat Zuki kerana berjaya menggondol gelaran Juara bagi acara Bercerita Kisah Nabi Katogeri Lelaki Bahagian Barat yang diadakan di SMKA Mohd Ali di Ranau pada 12 April 2014 yang lepas. Tahniah juga kepada PPDKK kerana berjaya mendapat Johan keseluruan pada kali ini.
Sekian. Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan sekalian...
Untuk pengetahuan semua, pihak SKM sekarang sedang bertungkus lumus membuat persediaan untuk acara besar iaitu Anugerah Cemerlang Murid. Acara yang diadakan setiap tahun. Acara ini akan diadakan di Auditorium Kompleks Kerajaan Persekutuan Sabah (KKPS) pada 17 April 2014. Setakat ini, progres yang sedang berlangsung sebelum bermula acara adalah sijil penghargaan, buku porgram, buku anugerah khas, persiapan persembahan, dan surat jemputan. Selain daripada itu, persiapan dewan juga sedang dijalankan demi memastikan acara berjalan dengan baik. Raptai penuh akan dibuat pada hari Rabu (16 April 2014) bertempat di dewan sekolah sahaja. Sekian untuk perkembangan terkini dari Unit Dokumentasi ACM'13. Selamat berhujung minggu! Assalamualaikum dan selamat sejahtera... Alhamdulillah, penantian dari pihak sekolah akhirnya ada penghujung. Tahun ini sekolah kami menerima tiga orang guru baru. Entry kali ini sedikit istimewa khas hanya untuk guru baru. Selamat datang ke SK Mutiara. Semoga dengan kehadiran kalian akan memeriahkan lagi sekolah kami serta dapat berkhidmat dengan cemerlang di sini. Suka saya perkenalkan selamat datang kepada Puan Eilyn @ Eryna Suhaila J. Bajan Abdullah. Opsyen pelajaran Bahasa Inggeris/Sains. Sudah berumah tangga dan mempunya seorang anak. Sekolah sebelum ini SK Kundasang, Ranau. Guru kedua pula, Puan Marissa Richard. Juga sudah berkahwin. Baru pertama kali dipostingkan setelah tamat berkursus di IPG Kampus Gaya Kota Kinabalu. Opsyen pengajaran Pengajian Bahasa Melayu. Akhir sekali, baru sahaja melaporkan diri, selamat datang Puan Madihah Nasruddin. Juga merupakan guru yang baru sahaja dipostingkan selepas tamat pembelajaran dari IPG Kampus Perempuan Melayu. Opsyen beliau Matematik, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Jasmani. Akhir kata, selamat bertugas di SK Mutiara
Assalamualaikum...
Salam sejahtera buat semua... Pihak admin merakamkan setinggi-tinggi Tahniah buat adik-adik dari SKM kerana berjaya mendapat tempat dalam pertandingan MTQ Peringkat Daerah kali ini. Tahniah buat adik Muhammad Fadhil bin Mat Zuki mendapat Johan dalam acara Bercerita Kisah Al-Quran Lelaki. Tahniah juga buat adik Muhammad Nabil bin Zulkifli dari 5 Berlian mendapat tempat ketiga dalam acara Hafazan (Lelaki). Akhir sekali Tahniah untuk adik Nurhidayah Fateen Azhara dari 4 Berlian mendapat Saguhati dalam acara Bercerita Kisah Al-Quran (Perempuan) Untuk pengetahuan semua, adik Muhammad Fadhil akan mewakili Bahagian Barat KK untuk acara Bercerita Kisah Al-Quran (Lelaki) di Ranau pada 12 April 2014 nanti. Sama-sama kita doakan kejayaan beliau. Amin~ Sekian. |
Buletin SKM
November 2016
Chatting Here |