Kami dari warga SKK SK Mutiara mengucapkan Salam Kemerdekaan kepada semua murid SKK SKM dan ibu bapa...
Selamat bercuti~ Manfaat cuti anda bersama keluarga dan sama-sama menghayati maksud kemerdekaan....... 31 Ogos 2015 Isnin
0 Comments
Assalamualaikum..
Salam sejahtera.. Alhamdulillah, pada 21-22 Ogos yang lepas, telah berlangsungnya program Kem Bestari Solat Kali Ke-2. Kem ini diadakan selamat dua hari kerana dibahagikan kepada dua tahap iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Tahap 1 pada 22 Ogos (Sabtu) manakala Tahap 2 diadakan pada 21 Ogos (Jumaat). Kem kali ke-2 ini, kami dibantu oleh sepasukan pelajar dari SMK Agama Kota Kinabalu, sabah seramai 20 orang. Mereka diberi tugas untuk mentasmi' kembali bacaan dan menanda tahap penguasaan murid tersebut. Tahniah kepada penyalaras Ustazah Sadatul atas kelancaran program ini. Terima kasih juga kepada semua ustaz dan ustazah atas komitment yang diberikan. 3 Ogos 2015, tarikh yang dipilih untuk Perasmian Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah. Program ini berlangsung selama sebulan sehinggalah tiba 31 ogos 2015 nanti.
Assalamualaikum...
Salam Sejahtera... Pada 12 Ogos 2015 (Rabu) yang lepas, telah berlangsungnya Festival Muzik anjuran Panitia Pendidikan Islam sempena Minggu Panitia Pendidikan Islam. Festival Muzik ini dikendalikan di bawah penyelaras Ustaz Zainal dan Ustazah Fauzia. Festival Muzik ini terbahagi kepada tiga katogeri iaitu Minuse one, Muzik dan Tanpa Muzik. Syarat-syarat yang telah ditetapkan adalah seperti berikut: TAHAP 1 👉ahli 9 orang 👉1 kelas 1 penyertaan 👉boleh gabung lelaki dan perempuan TAHAP 2 👉1 kelas 2 penyertaan 👉9 orang ahli 👉1 kelas 2 penyertaan 👉1 kumpulan 1 jantina Sambutan dari semua murid sangat menggalakkan. Tahniah kepada semua guru yang terlibat. Assalamualaikum...
PLC Likas; sebanyak 9 buah sekolah yang terlibat dalam pembikinan Big Book Numerasi dan Literasi BI pada 11 Ogos 2015 yang lepas. Mari sama-sama kita tengok kekreatifan hasil tangan guru yang terlibat. Untuk pengetahuan semua, SKK SKM telah diwakili oleh Cikgu Junainah, Cikgu Razali dan Cikgu Daisy untuk persiapan terakhir pada hari tersebut. Program ini telah diadakan pada 8 Ogos 2015 (Sabtu) yang lepas. Porgram ini hanya dikhaskan kepada murid Tahun 6 sahaja.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi taklimat kepada ibu bapa dan murid-murid Tahun 6 tentang program prestasi semasa murid tahun 6. Ia juga untuk memaklumkan kepada ibu bapa sejauh mana prestasi yang telah dicapai oleh anak mereka dalam pembelajaran terutama dalam subjek UPSR. Program ini juga turut bertujuan untuk mengingatkan kepada ibu bapa agar lebih memberi perhatian kepada anak-anak dalam menghadapi peperiksaan UPSR. Tahniah kepada penyelaras program iaitu Cikgu Abdul Salam serta pasukan gerak kerja dari semua warga SKM. Assalamualaikum dan selamat sejahtera....
Pada 4 5 dan 6 Ogos yang lepas, telah berlangsungnya Minggu Panitia Muzik. Penyelaras program ini ialah Cikgu Grace, Cikgu Jenny, Cikgu Beatrice dan Cikgu Dg Juliah. Mereka juga turut dibantu oleh Cikgu Floria dan Cikgu Dg Lamiah. Hari pertama dikhaskan untuk Tahap 1 Berkumpulan membuat persembahan, hari kedua pula untuk Tahap 2 Solo dan hari ketiga untuk Tahap 2 Berkumpulan. Sepanjang tiga hari, program ini berlangsung dengan penuh keceriaan kerana sambutan dari murid yang ingin mencuba nasib. Diucapkan sekalung tahniah buat mereka yang berjaya :) Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua :)
Pada 8 Ogos yang lepas, telah berlangsung Pertandingan Kalam Jamaie Peringkat Daerah. Pertandingan ini diadakn di SK Darau. Seramai empat buah sekolah telah menghantar pasukan masing-masing iaitu SK Darau, SK Mutiara, SK Bukit Padang dan SK Sembulan. Untuk pengetahuan semua, SKK SKM telah mendapat Naib Johan. Tahniah diucapkan kepada semua jurulatih terutama Ustazah Maheran dan Ustaza Basri yang mengorbankan dan membantu segala yang ada untuk melatih anak-anak SKM sebaiknya. Namun tidak ada rezeki untuk kami menyandang gelaran Juara pada tahun ini. Insya Allah tahun depan kami cuba lagi. Akhir kata, pasukan KJ SKK SKM tetap terbaik di hati kami! Assalamualaikum... Alhamdulillah, tahun ini sekolah kami didatangi oleh dua orang guru baru. Cikgu Noor Hayati binti Mohd Nor dan Cikgu Hafifi Hafidz Horace. Jom kita baca sedikit maklumat mengenail mereka berdua
Selamat datang sekali lagi, selamat menjadi ahli keluarga SKK SKM. Semoga terus sukses!
|
Buletin SKM
November 2016
Chatting Here |