Rutin tahunan yang wajib diadakan oleh setiap sekolah. Hari terakhir persekolahan merupakan Hari Penyerahan Slip Peperiksaan Akhir Tahun 2015. Guru kelas bertugas dikelas masing-masing sambil dibantu oleh guru mata pelajaran yang merupakan bukan guru kelas. Perjalanan penyerahan tersebut berjalan dengan lancar.
Pada 18 November yang lepas, telah berlangsung Majlis Makan Malam yang dianjurkan oleh PIBG SKK SK MUTIARA di Hotel Avangio. Majlis ini berjalan dengan penuh meriah.
Tiga orang guru telah dipilih untuk menerima Anugerah Khas iaitu Teacher Jenny, Cikgu Sharul dan Encik Azman. Tahniah diucapkan. Pada malam tersebut juga, majlis turut menyaksikan pemberian cenderakenangan kepada guru-guru yang bakal meninggalkan SKK SKM mulai tahun hadapan. Mereka yang dirai ialah Ustazah Siti Normidah, Cikgu Junainah, Cikgu Madihah dan Cikgu Noridah. Semoga terus cemerlang di sekolah baru nanti. Majlis juga diserikan dengan persembahan hebat dari guru-guru. Antara mereka yang membuat persembahan ialah Cikgu Hafifi, Cikgu Bahaman, Cikgu Abdul Salam, Teacher Jenny, Cikgu Rujiah dan Cikgu Richard. Anda memang sangat berbakat! Untuk pengetahuan semua, tema yang dipilih pada malam itu ialah "Shades of Green". Memang sangat meriah dengan kepelbagaian warna hijau yang digayakan oleh guru-guru SKM. Acara kemuncak yang ditunggu ialah pemilihan King dan Queen of The Night. Guru yang bertuah itu ialah Cikgu Abdul Salam dan Cikgu Sharina!! Tahniahhh dari kami semua~ Pada 17 November 2015 bersamaan hari Rabu, telah diumumkan keputusan USPR secara serentak di seluruh negara. Oleh itu, tahniah kepada anak2 tahun 6 yang peroleh 5A dalam UPSR kali ini.
Untuk pengetahun semua, SKK SKM juga tidak kurang hebatnya dalam keputusan yang telah diumumkan. Seramai 15 orang yang telah mendapat 5A dalam UPSR. Tahniah diucapkan. Bagi mereka yang peroleh keputusan yang kurang baik, jangan mudah menyerah kalah. Anda juga telah buat yang terbaik. Teruskan perjuangan di masa hadapan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Untuk pengetahuan semua pembaca, pihak sekolah mengadakan satu program untuk Tahun 5 iaitu Program Siap Siaga UPSR 2016. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada semua murid Tahun 5 berkaitan persediaan subjek-subjek yang bakal mereka jawab untuk UPSR akan datang. Program ini juga sebagai langkah pertama persediaan buat guru-guru Tahun 6 tahun hadapan. Pihak sekolah telah memilih 7 November bersaaman hari Sabtu sebagai hari pendaftaran untuk kemasukan Tahun 1 2016 ke SKK SK Mutiara. Menurut laporan dari GPK Hem iaitu Cikgu Bhaif, seramai lebih kurang 80 orang berjaya didaftarkan pada hari tersebut.
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...
Pada 6 Nov yang lepas, telah berlangsungnya Majlis Khatam Al-Quran Perdana Peringkat Sekolah. Majlis ini dibawah kelolaan Panitia Pendidikan Islam serta dikendali oleh Penyelaras Ustaz Idris Asfari. Tahniah diucapkan atas kemeriahan dan kelancaran majlis tersebut. Untuk pengetahuan semua, majlis ini merupakan majlis tahunan yang diadakan pada setiap tahun untuk meraikan semua murid Islam Tahun 6. Pertandingan ini telah diadakan pada 10 Oktober 2015 di SKK SK Sri Puteri Negeri Sembilan. Sebanyak 16 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini.
Tahniah kepada pasukan SKK SK Mutiara kerana mendapat tempat ke-6 daripada 16 buah sekoal yang dipertandingkan. Tahniah kepada jurulatih yang memberikan komitmen yang bersungguh-sungguh dalam melatih anak didik iaitu cikgu Hafifi dan cikgu Carmelliny. Pada Isnin yang lepas bersamaan 2 November 2015, telah berlangsung Program Puberty yang dianjurkan oleh PIBG (Biro Kebajikan, Keceriaan dan Kesihatan). Program ini bertujuan memberi pendidikan, pengetahuan, pendedahn awal tentang perkembangan emosi, fizikal dan mental ke alam remaja kelak.
Program ini diadakan di Bilik Amerthys bagi murid perempuan dan di Pusat Sumber bagi murid lelak. Penceramah yang dijemput khas adalah Dr Mohd Nazri b Mohd Daud dan Dr Siti Aishah bt Abd Rahim. |
Buletin SKM
November 2016
Chatting Here |