Assalamualaikum...
Salam sejahtera.. Enti ini khas buat bacaan para ibubapa yang mempunyai anak Tahun 6 2015. SKM ada menyediakan program khas buat semua Murid tahun 6 bagi persediaan untuk menghadapi UPSR pada hujung tahun ini. IbuBapa yang ingin bertanya lebih lanjut boleh terus hubungi pihak sekolah tentang program tersebut. Antara program yang akan dijalankan (ada juga ynag telah dijalankan):
0 Comments
Akhir 2014 dan awal 2015 merupakan tahun guru SKM melahirkan baby. Tahniah diucapkan kepada yang telah selamat bersalin. Suka saya nak kongsi gambar baby milik Puan Madihah, Puan Marissa, Puan Emily, Puan Daisy, En Azman serta Puan Farhatul. Assalamualaikum.. Salam sejahtera... Alhamdulillah, tahun ini SKM menerima dua orang guru baru iaitu En Bahaman Putra dan Puan Patmah. Jom kita baca sedikit latar belakang mereka berdua :)
Akhir kata dari writer blog SKM, Selamat Datang dan selamat berkhidmat di SKM. Sama-sama kita berada dalam keluarga besar SKM. :)
Pada 31 Jan yang lepas, Kursus Kepimpinan telah dijalankan. Kursus ini diadakan khas buat murid-murid yang memegang jawatan khas di sekolah. Seua murid yang telah terpilih wajib hadir kerana kursus ini menerangkan cara-cara dan tugasan yang perlu dilakukan sepanjang berada si sekolah.
Untuk pengetahuan pembaca, jawatan khas yang terdapat di sekolah ini adalah:- ** Pengawas Perdana ** Pengawas Bilik Sumber ** Pengawas Buku Teks (BOS) ** Pengawas PRS ** Duta Turus ** Ketua dan Penolong Ketua Kelas
Sedikit mengenai perihal Madam Ann. Beliau berasal dari Menggatal, Kota Kinabalu. Pada tahun 2000-2010, beliau telah berkhidmat di SK Bangau-bangau, Semporna. Bermula 2010 sehingga Jan 2015 beliau bertugas di Sk Kg Pokasm Semporna. Kini beliau meneruskan perkhidmatan di SK Mutiara. Beliau telah berkhidmat selama 14 tahun 5 bulan.
Akhir kata, sekali lagi selamat datang ke SK Mutiara dan selamat bertugas dengan penuh dedikasi. |
Buletin SKM
November 2016
Chatting Here |