Assalamualaikum..
Setiap tahun Program Istiqbal Ramadhan akan diadakan. Program ini sebagai langkah persediaan kita sebagai umat Islam yang bakal menyambut Ramadhan. Pada tahun ini, penyelaras program ini ialah Ustazah Siti Normidah dan Ustazah Azian. Syabas kerana program ini berjalan dengan baik dan seperti yang telah direncanakan. Untuk pengetahuan semua, apa yang uniknya tahun ini, satu gimik telah dijalankan. AJK Gimik yang dilantik khas menjalankan tanggungjawab dengan penuh berkesan dan boleh dikatakan sangat menjadi. Tahniah kepada team gimik atas lakonan yang diberikan. Gimik yang dirancang ini diketuai oleh Ustaz Basri. Ketika pelancaran Istiqbal dijalankan, satu paluan kompang bergema dengan penuh semangat. Pengacara meminta Guru Besar untuk menandatangan banting yang telah disediakan, namun tiada pen disediakan. Agak lama kami meminta pen namun tiada respon. Guru besar mula menunjukkan aksi muka yang tidak senang. Di sini bermula lah, sesi yang kononnya meminta bantuan dari pihak yang bertanggungjawab. Seseorang telah meminta bantuan lalu sebuah drone dengan lajunya terbang berlegar di ruang dewan menghantar pen tersebut. Semua murid dan guru yang berada di dewan terpegun. Itulah lah serba sedikit gambaran gimik yang dilakukan. Semoga tahun hadapan akan timbul lagi gimik-gimik yang membuat kami terus teruja. Wassalam...
1 Comment
Assalamualaikum...
Tahniah kepada Pasukan Sautul Falah atas kejayaan yang diperolehi iaitu mendapat Johan di Peringkat Daerah Kota Kinabalu. tahniah kepada jurulatih utama iaitu Cikgu Bahaman dan Ustaz Basri atas usaha dan kesungguhan beliau. Untuk pengetahuan semua, pasukan ini akan terus mewakili Peringkat Negeri Sabah yang akan diadakan pada hujung bulan Julai nanti. Latihan dan penambaikkan akan dilakukan. Assalamualaikum...
Alhamdulillah dan Tahniah buat pasukan Action Song kerana berjaya mendapat tempat keempat dari lapan buah sekolah yang dipertandingkan. Semoga akan lebih berusaha keras untuk masa yang akan datang. Tahniah juga atas usaha keras jurulatih yang sanggup menghabiskan cutinya untuk melatih anak didik beliau. Tahniah Cikgu Beatrice dan Cikgu Floria. Assalamualaikum...
Salam Sejahtera.. Maaf agak kelewatan untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua yang beragama Islam. Tak kira kita berada di mana, semoga sama-sama kita dapat jalani ibadah puasa pada tahun ini dengan penuh rasa keiamanan. Buat warga SKK SKM, selamat berpuasa. Semoga ibadah dan pahala kita berganda dalam menjalani segala tanggungjawab dalam bulan yang penuh rahmat ini. Assalamualaikum...
Salam sejahtera... Selamat kembali ke sekolah buat warga SKK SKM KK. Selamat menjalani kewajipan masing-masing :) Assalamualaikum...
Untuk pengtahuan semua pengunjung, pada 17 Jun 2015 (Rabu) akan berlangsung dua pertandingan serentak iaitu Pertandingan Action Song dan Pertandingan Kompang. Kesemua peserta yang terlibat giat membuat latihan sepanjang minggu kedua cuti sekolah ini. Tahniah dan jutaan terima kasih kepada jurulatih Puan Beatrice dan Cikgu Bahaman turun padang dalam melatih murid yang terlibat. Pertandingan Action Song ini akan bertanding di SM Shan Tao Hall yang disertai oleh 15 orang peserta. Manakala Pertandingan Kompang dan Selawat pula diadakan di Dewan Terbuka SKK SKM. Saya menyeru kepada semua mendoakan yang terbaik. Assalamualaikum..
Seperti yang telah dijadualkan, apabila masuk minggu kedua cuti sekolah, akan diadakan Kelas Intensif Tahun 6. Semua murid Tahun 6 telah dimaklumkan lebih awal. Seramai 12 orang guru yang telibat. Di bawah adalah jadual yang telah dibuat oleh penyelarat program ini. Pada 30 dan 31 Mei yang lepas, rakyat Sabahtelah menyambut suatu perayaan khas sejak zaman berzaman iaitu Hari Kaamatan (Pesta Penuai).
Bagi masyarakat Kadazan-Dusun, Tadau Kaamatan juga disebut dalam bahasa Kadazan sebagai “Magavau” merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati semangat padi dan “Magavau” ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Perayaan sebegini berkait rapat dengan unsur-unsur ekonomi, di mana rakyat menghargai setiap sumber rezeki yang dikurniakan dan berazam untuk memulihara alam persekitaran sebaik-baiknya, supaya sumber ekonomi tidak terbantut pada masa hadapan. Sumber: Keadilan Daily MALAM NISFU SYAABAN Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan digalakkan beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr.
Sumber: SINI |
Buletin SKM
November 2016
Chatting Here |