27 Okt - 30 Okt 2015
(Selasa - Jumaat) Selamat menduduki Peperiksaan Akhir Tahun buat semua anak-anak SKK SK Mutiara. Semoga diberi kejayaan yang cemerlang. Do your best! Doa dari semua guru mengiringi anak-anak SKK SKM~
0 Comments
English Languange Carnival dikelolai oleh Panitia Bahasa Inggeris. Program ini dibawah Kebitaraan Sekolah.
Pasca UPSR yang telah diketahui umum diadakan selepas tamatnya peperiksaan UPSR dan memang khas untuk murid Tahun 6 sahaja. Tujuan utama diadakan Pasca ini adalah untuk memupuk semangat setiakawan, sifat rasa tanggungjawab kerja berkumpulan dan sebagai langkah persediaan untuk melangkah ke alam sekolah menengah.
Sehubungan dengan itu, beberapa aktiviti telah dijalankan seperti aktiviti berkumpulan dan ceramah motivasi. Semua guru yang terlibat adalah guru mata pelajaran teras khasnya. Turut dibantu oleh beberapa orang guru seperti Cikgu Bahaman, Ustazah Azian, Cikgu Abd Salam, Cikgu Rosalia, Cikgu Junainah, Cikgu Dg. Lamiah dan beberapa guru yang terlibat secara langsung mahupun tudak. Syabas buat Penyelaras Program iaitu Cikgu Crecentia atas ketangkasan menangani masalah yang timbul. Sukan Negara 2015 telah dijalankan secara serentak seluruh negara. Tidak ketinggalan juga SKK SKM turut menyahut baik seruan kerajaan.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah erobik, pertandingan futsal dan sukaneka. |
Buletin SKM
November 2016
Chatting Here |