Setiap tahun pasti kami guru-guru akan mendapat pelbagai jenis kek. Begitu juga pada tahun ini. Oleh itu, jom layan beberapa koleksi kek yang kami dapat tahun ni :)
0 Comments
Assalamualaikum...
Pada 21 Mei yang lepas, SKK SKM telah mengadakan Jamuan Hari Guru. Jamuan ini diadakan pada sebelah petang selepas tamat waktu pengajaran. Semasa jamuan ini berlangsung, turut diadakan sesi pertukaran hadiah sesama guru. Jom kita layan gambar yang telah saya edit sebanyak mana gambar yang ada dalam koleksi saya. Moga tiada yang ketinggalan :) Pada 18 - 22 Mei yang lepas, telah berlangsungnya Minggu Sains di bawah kelolaan Cikgu Veronica. Aktiviti kemuncak dilakukan pada hari Rabu (20 Mei) bermula jam 8 - 10.30 pagi.
Aktiviti terbahagi kepada dua iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Bagi Tahap 2, Aktiviti: Recycle dijalankan di dewan manakala Tahap 1, Aktiviti Mewarna diadakan di kelas masing-masing. Assalamualaikum....
Sekalung Tahniah kepada enam rakan sejawat menadapt Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014. 1. Encik A. Mohd Sharul bin A. Mohd Sharif 2. Puan Sadatul Haslina binti Abu Hassan 3. Puan Josoni Matius 4. Puan Nor Syafiqa @ Nelly Doisen 5. Puan Dayang Juliah binti Salbun 6. Puan Ho Hui Ching Perutusan Hari Guru oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan disampaikan oleh YBhg Datin Hjh Florence Faizah Kouju, GB SKK SK MUTIARA KOTA KINABALU
SAJAK SEMPENA HARI GURU
Tajuk: Sabarlah Cikgu Sabarlah Cikgu Ketika kerja keranian dilonggokkan di mejamu Di celahan buku-buku latihan anak muridmu ada fail lusuh berisi borang ini dan itu Sabarlah cikgu Ketika pelbagai dasar caca marba digalaskan ke pundakmu Relakan mereka melucutkan hakmu Tanpa rotan di tangan Dengan suara bisu Teruskan juangmu menjunjung ilmu Sabarlah cikgu Ketika anak-anak itu mencebirkanmu Mereka hanyalah kain putih yang tercemar lumpur dungu Dari tempias cendikiawan yang mengaku tahu Persis sang tikus membaiki labu Sabarlah cikgu Ketika tugasan maya menghenyakmu tak bermaya Tugas hakiki terperenyuk di hujung meja Pelajar gagal kau yang ditanya Sabarlah cikgu Ketika kau diludahi karenah pentadbiran yang ego dan perasan Dukung prinsipmu biar prestasimu ditekan Gaulkan semuanya di pinggan iman Hirup hikmahnya biar kau semakin KENTAL!!!! Sabarlah cikgu...sabarlah Luruskan dudukmu Genggam pena ilmu Dakap redha Tuhanmu Kejayaan pasti menunggu... Kredit to:+ abafudhail...9Mei 2015 Program Jaringan dan Perkongsian Pintar Karnival Bahasa Inggeris (SBT) Peringkat Kebangsaan 201510/5/2015 Assalamualaikum.... Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.... Pada 9 Mei yang lepas, seramai 7 orang murid diiringi oleh Guru Besar dan GPK1 serta cikgu Richard berada di SK Assunta Convent, Kuantan, Pahang bagi memeriahkan lagi karnival ini. Kemergian wakil dari SKKSKM ini sekaligus menjadi kebanggaan seluruh warga sekolah dan menjadi wakil Borneo yang menyertai karnival ini. SELAMAT MENDUDUKI
PEPERIKSAAN SEMESTER PERTAMA 1/2015 11 - 15 MEI 2015 (ISNIN - JUMAAT) BITTAUFIK WANNAJAH DOA DARI SEMUA GURU MENGIRINGI ANAK-ANAK SKK SKM BUAT YANG TERBAIK!! Assalamualaikum..
Pada Jumaat (8 Mei 2015) yang lepas, Unit Kaunseling dan Bimbingan dengan kerjasama Disiplin SKK SKM sekali lagi mengadakan Kursus Kepimpinan Fasa II kepada semua murid yang berjawatan khas. Kursus ini diadakan bermula jam 2.00 petang sehingga jam 5.30 petang. Bertepatan dengan tema hari Pekerja tahun ni, suka saya memanjatkan doa agar warga SKK SKM KK diberikan kesihatan yang baik dan sentaisa berada di bawah lindungan yang Esa agar sama-sama kita dapat menjalankan tanggungjawab kita.
Aminn..... Selamat bercuti semua!! |
Buletin SKM
November 2016
Chatting Here |