Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Pada 1 Ogos yang lepas, telah berlangsungnya Pertandingan Kompang Dan Selawat Peringkat Negeri Sabah di PLKN, Papar. Daerah Kota Kinabalu telah menghantar wakil dua kumpulan iaitu Sek Men dan Sek Ren. Untuk pengetahuan pembaca, SKK SK Mutiara telah menjadi wakil untuk Pasukan Kompang Katogeri Sekolah Rendah. Latar belakang pertandingan: Oleh sebab pertandingan tidak dilakukan pada peringkat bahagian, maka pada 1 Ogos tersebut, sebanyak 24 kumpulan dibahagi kepada 3 kumpulan untuk bertanding di peringkat Saringan. Kumpulan SKK SK Mutiara berada dalam Kumpulan 3 bersama-sama 8 kumpulan dari sekolah lain. Alhamdulillah, pada peringkat ini, pasukan SKK SKM telah mendapat Johan dan terus mara ke Peringkat Akhir. Pada peringkat akhir ini, hanya terdapat 3 kumpulan yang bertanding. Wakil dari Keningau, Tawau dan Kota Kinabalu. Rezeki untuk menyandang Johan tidak kesampaian, namun begitu, sudah cukup membanggakan apabila mendapat Tempat Ketiga daripada 24 kumpulan yang dipertandingkan. Tahniah dan Tahniah dari pihak sekolah. Terima kasih atas segala usaha terutama cikgu Bahaman selaku jurulatih utama, Ustaz Basri, cikgu Ghazali dan semua guru yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. Insya Allah tahun depan kita cuba lagi!
0 Comments
|
Buletin SKM
November 2016
Chatting Here |