Assalamualaikum..
Alhamdulillah, Majlis Solat Hajat Tahun 6 berjalan seperti yang dirancang. Syukur kepada Allah kerna memberikan cuaca yang sangat baik pada malam itu. Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Idris serta bacaan Yasin. Ketika meluangkan sedikit masa, diisi pula tazkirah ringkas oleh Ustaz MH Basri. Selepas itu, majlis diteruskan dengan solat Isyak secara berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz MH Basri sekaligus mengimamkan solat Hajat. Pada tahun ini, Majlis Solat Hajat dihadiri oleh Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Binti Tan Sri RM Jasni isteri kepada Tuan Yang DiPertua Negeri Sabah. Kehadiran beliau sebagai ibu kepada anak yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Akhir sekali, tahniah dan terima kasih di atas segala kerjasama semua guru. Wassalam. |
Buletin SKM
November 2016
Chatting Here |