Assalamualaikum... Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan kepada Allah di atas segala keizinanNya, kami dapat lakukan sehabis baik bagi menjayakan program tahunan kami ACM'14 pada kali ini. ACM diadakan pada 17 April (Khamis) bertempat di Auditorium Kompleks Kerajaan Persekutuan Sabah. Acara bermula pada jam 7.30 am dan berakhir pada 1.30 pm. ACM pada tahun ini dirasmikan oleh YAB Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah binti Datuk R.M. Jasni. Sepanjang majlis ini berlangsung, para ibubapa disajikan dengan pelbagai bentuk persembahan antaranya Persembahan Okestiara "Viva Forever", Persembahan Seri Tiara "Gerakan Kreatif", Persembahan Tarian Mengiluk, Persembahan Tarian Klasik India, Persembahan Dikir Barat Mutiara, Persembahan Nyanyian Duet "Shine Your Way" dan yang terakhir Persembahan Nyanyian Koir "Proud Of You". Buat pengetahuan semua, buat julung-julung kalinya, majlis kita diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin Yang Di-Pertua Negeri Sabah lebih kurang jam 10 pagi kerana ingin menyaksikan persembahan anak beliau. Kami seluruh warga SK Mutiara merasa bertuah di atas kehadian beliau.
Akhir sekali, Tahniah buat semeua yang layak dan terpilih untuk menerima sijil pada hari tersebut. Teruskan berusaha untuk masa akan datang. Wassalam.
1 Comment
SONIE
1/5/2014 07:22:39 am
WELL DONE MUTIARA....TERBAIK :)
Reply
Leave a Reply. |
Buletin SKM
November 2016
Chatting Here |