Assalamualaikum dan salam sejahtera... Syukur Alhamdulillah, selesai sudah Kem Bestari Solat Fasa 1 untuk tahun ini. Tahniah kepada penyelaras program iaitu Ustazah Nurul Sadatul Haslina kerana dapat menjayakan kem ini dengan penuh dedikasi. Selain itu, sekalung ucapan terima kasih kepada para asatizah SKM di atas bantuan dan kerjasama yang telah diberikan. Tidak lupa ribuan terima kasih kepada adik-adik dari Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Negeri Sabah di atas kesudian turun padang membantu kami sekaligus menjadi fasilitator kepada murid Islam SKM. Semoga Allah membalas jasa baik kalian semua.
Akhir kalam. Apa yang buruk datangnya dari kami, yang baik datangnya dari Allah. Insya Allah kem yang akan datang kami cuba perbaiki segala kelemahan.
0 Comments
Leave a Reply. |
Buletin SKM
November 2016
Chatting Here |