Assalamualaikum dan selamat sejahtera Alhamdulillah. Program Ziarah Amal telah berjalan seperti yang dirancang. Tahun ini, panitia Pendidikan Islam telah memilih Kg Lentuong, Lapasan sebagai tempat untuk kami sampaikan sumbangan hasil daripada kutipan yang dijalankan sepanjang program Ihya' Ramadhan. Seperti tahun yang lepas juga, panitia juga ada menyampaikan sumbangan kepada murid yang miskin dan kurang pendapatan. Program ini berjalan mengikut dua fasa iaitu Fasa 1 yang diadakan pada 28 Jun 2016 (Selasa). Fasa 1 ini dilakukan dalam kawasan sekolah sahaja. Ibubapa atau penjaga murid yang menerima sumbangan dijemput untuk hadir ke sekolah untuk menerima sumbangan tersebut. Manakala Fasa 2 pula diadakan pada 29 jun 2016 (Rabu) di Kg Lentuong, Lapasan. Skuad Panitia bergerak bermula jam 1.30 petang dan sampai di kampung tersebut lebih kurang jam 2.30 petang. Cikgu Bhaif mewakili Guru Besar menyampai sumbangan sebanyak 40 bungkusan keperluan asas kepada setiap keluarga Islam di kampung tersebut. Fasa 1 Fasa 2 (Kg. Lentuong, Lapasan)
0 Comments
Leave a Reply. |
Buletin SKM
November 2016
Chatting Here |