Assalamualaikum... Alhamdulillah, selepas 2 tahun kami menanti gelaran Juara. Akhirnya tahun ini JOHAN itu milik kami. Alhamdulillah. Pasukan Kalam Jamaie telah berjaya menggondol gelaran Johan! Oleh itu, sekaligus adik Adriana mendapat Konduktor Terbaik! Tahniah! Tahniah kepada barisan jurulatih yang bertungkus lumus melatih dalam masa seminggu. Jutaan terima kasih di atas segala sokongan dari seluruh pihak warga SKM! Kegembiraan ini dikongsi bersama :) Pertandingan ini diadakan pada 23 Ogos 2014 di SK Bukit Padang. Seiring dengan pertandingan ini juga diadakan pertandingan Azan dari Tahap 1. Alhamdulillah wakil dari SKM mendapat tempat Kedua iaitu adik Muhammad Faheem bin Mat Zuki dari kelas 3 Delima. Untuk pengetahuan semua, pasukan Kalam Jamaie SKM akan menwakili Dareah KK untuk bertanding ke peringkat Bahagian. Tarikh dan tampat masih belum diputuskan kerana memberi laluan kepada UPSR yang akan menjelma tidak lama lagi.
0 Comments
Leave a Reply. |
Buletin SKM
November 2016
Chatting Here |