Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Alhamdulillah, pada 4 November yang lepas bersamaa 11 Muharram 1436H telah berlangsungnya Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah dengan penuh warna warni. Tahniah kepada penyelaras iaitu Ustaz Idris dan Ustazah Farha yang merealisasikan majlis tersebut. Oleh itu, jutaan terima kasih kepada AJK yang terlibat terutama kepada ahli Panitia Pendidikan Islam yang banyak membantu dan rakan-rakan yang terlibat secara langsung ataupun tidak. Majlis ini dirasmikan oleh Guru Besar SK Mutiara; Datin Hajah Florence Faizah Kouju. Sedikit cerita perjalanan majlis dikongsikan di sini. Majlis bermula pada jam1030 am iaitu selepas murid Tahap 2 selesai rehat. Paluan kompang mengiringi barisan murid Tahun 6 yang terlibat menjayakan khatam tersebut. Selepas itu, ucapan kata aluan oleh Guru Besar sekaligus merasmikan Msjlis. Dipenghujung majlis tersebut, pengagihan bunga telurs dilakukan. Akhir kata, semoga majlis ini akan diteruskan untuk tahun akan datang dan berlangsung dengan penuh gilang gemilang. Insya Allah....
0 Comments
Leave a Reply. |
Buletin SKM
November 2016
Chatting Here |