Pada 18 November yang lepas, telah berlangsung Majlis Makan Malam yang dianjurkan oleh PIBG SKK SK MUTIARA di Hotel Avangio. Majlis ini berjalan dengan penuh meriah.
Tiga orang guru telah dipilih untuk menerima Anugerah Khas iaitu Teacher Jenny, Cikgu Sharul dan Encik Azman. Tahniah diucapkan. Pada malam tersebut juga, majlis turut menyaksikan pemberian cenderakenangan kepada guru-guru yang bakal meninggalkan SKK SKM mulai tahun hadapan. Mereka yang dirai ialah Ustazah Siti Normidah, Cikgu Junainah, Cikgu Madihah dan Cikgu Noridah. Semoga terus cemerlang di sekolah baru nanti. Majlis juga diserikan dengan persembahan hebat dari guru-guru. Antara mereka yang membuat persembahan ialah Cikgu Hafifi, Cikgu Bahaman, Cikgu Abdul Salam, Teacher Jenny, Cikgu Rujiah dan Cikgu Richard. Anda memang sangat berbakat! Untuk pengetahuan semua, tema yang dipilih pada malam itu ialah "Shades of Green". Memang sangat meriah dengan kepelbagaian warna hijau yang digayakan oleh guru-guru SKM. Acara kemuncak yang ditunggu ialah pemilihan King dan Queen of The Night. Guru yang bertuah itu ialah Cikgu Abdul Salam dan Cikgu Sharina!! Tahniahhh dari kami semua~
0 Comments
Leave a Reply. |
Buletin SKM
November 2016
Chatting Here |