Assalamualaikum...
Salam sejahtera buat semua... Pihak admin merakamkan setinggi-tinggi Tahniah buat adik-adik dari SKM kerana berjaya mendapat tempat dalam pertandingan MTQ Peringkat Daerah kali ini. Tahniah buat adik Muhammad Fadhil bin Mat Zuki mendapat Johan dalam acara Bercerita Kisah Al-Quran Lelaki. Tahniah juga buat adik Muhammad Nabil bin Zulkifli dari 5 Berlian mendapat tempat ketiga dalam acara Hafazan (Lelaki). Akhir sekali Tahniah untuk adik Nurhidayah Fateen Azhara dari 4 Berlian mendapat Saguhati dalam acara Bercerita Kisah Al-Quran (Perempuan) Untuk pengetahuan semua, adik Muhammad Fadhil akan mewakili Bahagian Barat KK untuk acara Bercerita Kisah Al-Quran (Lelaki) di Ranau pada 12 April 2014 nanti. Sama-sama kita doakan kejayaan beliau. Amin~ Sekian.
0 Comments
Leave a Reply. |
Buletin SKM
November 2016
Chatting Here |