Assalamualaikum..
Salam sejahtera.. Alhamdulillah, pada 21-22 Ogos yang lepas, telah berlangsungnya program Kem Bestari Solat Kali Ke-2. Kem ini diadakan selamat dua hari kerana dibahagikan kepada dua tahap iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Tahap 1 pada 22 Ogos (Sabtu) manakala Tahap 2 diadakan pada 21 Ogos (Jumaat). Kem kali ke-2 ini, kami dibantu oleh sepasukan pelajar dari SMK Agama Kota Kinabalu, sabah seramai 20 orang. Mereka diberi tugas untuk mentasmi' kembali bacaan dan menanda tahap penguasaan murid tersebut. Tahniah kepada penyalaras Ustazah Sadatul atas kelancaran program ini. Terima kasih juga kepada semua ustaz dan ustazah atas komitment yang diberikan.
0 Comments
Leave a Reply. |
Buletin SKM
November 2016
Chatting Here |