Minggu Transisi merupakan salah satu program wajib yang dijalankan setiap tahun. Pihak sekolah beranggapan Minggu Transisi ini amat penting di mana ia merupakan proses perkenalan antara murid dengan guru dan antara murid dengan persekitaran sekolah.
Pada tahun ini iaitu 2014, Minggu Transisi dijalankan selama tiga minggu bermula 2 Jan 2014 sehingga 17 Jan 2014. Tujuan utama agar murid dapat mengetahui kesemua mata pelajaran, kenali guru kelas masing-masing, kenali guru mata pelajaran dan kenali bilik-bilik utama yang terdapat di bangunan sekolah. Selain dari itu, murid-murId juga dapat memulakan interaksi sesama mereka dan mengenali rakan sebaya. Pada 10 Jan yang lepas, Ujian Dinogstik telah dijalankan bagi melihat sejauh mana murid dapat menguasai kemahiran asas. Selesai ujian ini dijalankan, guru dapat mengenalpasti siapakah dikalangan murid Tahun 1 menghadapai masalah lemah dalam pelajaran. Masih berbaki seminggu Minggu Transisi Tahun 1. Seusai sahaja Minggu Transisi ini, rancangan mengajar akan dibuat seperti yang telah diformatkan. Sekian.
0 Comments
Leave a Reply. |
Buletin SKM
November 2016
Chatting Here |