Merdeka! Merdeka! Merdeka! Sambutan kemerdekaan peringkat sekolah yang diadakan di sekolah ini sangat meriah dan penuh keterujaan. Sambutan ini diadakan pada 30hb Ogos 2012 serta berlangsung di Dewan Terbuka Sk Mutiara. Pelbagai acara yang telah dijalankan seperti Perarakan Perbarisan (mengikut kelas), Pertandingan Menghias Kelas mengikut tema Kemerdekaan, Pertandingan Ratu dan Raja Fesyen Kemerdekaan, Pertandingan Menyusun Ceraian Gambar, dan persembahan dari murid-murid. Sambutan Hari Kemerdekaan ini dirasmikan oleh Datin Florance Faiza Kouju iaitu selaku Guru Besar SK Mutiara Kota Kinabalu, Sabah. Selain itu, kemeriahan sambutan ini disambut oleh seluruh warga SK Mutiara dengan menyanyikan empat buah lagu patriotik. Sekian dari pihak admin. Wassalam. (Slideshow) Sekitar Sambutan KemerdekaanP/S: Sila ke Gallery untuk melihat lebih banyak gambar :)
0 Comments
Leave a Reply. |
Buletin SKM
November 2016
Chatting Here |