Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan sekalian...
Untuk pengetahuan semua, pihak SKM sekarang sedang bertungkus lumus membuat persediaan untuk acara besar iaitu Anugerah Cemerlang Murid. Acara yang diadakan setiap tahun. Acara ini akan diadakan di Auditorium Kompleks Kerajaan Persekutuan Sabah (KKPS) pada 17 April 2014. Setakat ini, progres yang sedang berlangsung sebelum bermula acara adalah sijil penghargaan, buku porgram, buku anugerah khas, persiapan persembahan, dan surat jemputan. Selain daripada itu, persiapan dewan juga sedang dijalankan demi memastikan acara berjalan dengan baik. Raptai penuh akan dibuat pada hari Rabu (16 April 2014) bertempat di dewan sekolah sahaja. Sekian untuk perkembangan terkini dari Unit Dokumentasi ACM'13. Selamat berhujung minggu!
0 Comments
Leave a Reply. |
Buletin SKM
November 2016
Chatting Here |