Assalamualaikum dan selamat sejahtera... Alhamdulillah, penantian dari pihak sekolah akhirnya ada penghujung. Tahun ini sekolah kami menerima tiga orang guru baru. Entry kali ini sedikit istimewa khas hanya untuk guru baru. Selamat datang ke SK Mutiara. Semoga dengan kehadiran kalian akan memeriahkan lagi sekolah kami serta dapat berkhidmat dengan cemerlang di sini. Suka saya perkenalkan selamat datang kepada Puan Eilyn @ Eryna Suhaila J. Bajan Abdullah. Opsyen pelajaran Bahasa Inggeris/Sains. Sudah berumah tangga dan mempunya seorang anak. Sekolah sebelum ini SK Kundasang, Ranau. Guru kedua pula, Puan Marissa Richard. Juga sudah berkahwin. Baru pertama kali dipostingkan setelah tamat berkursus di IPG Kampus Gaya Kota Kinabalu. Opsyen pengajaran Pengajian Bahasa Melayu. Akhir sekali, baru sahaja melaporkan diri, selamat datang Puan Madihah Nasruddin. Juga merupakan guru yang baru sahaja dipostingkan selepas tamat pembelajaran dari IPG Kampus Perempuan Melayu. Opsyen beliau Matematik, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Jasmani. Akhir kata, selamat bertugas di SK Mutiara
0 Comments
Leave a Reply. |
Buletin SKM
November 2016
Chatting Here |